Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 21 Mei 2013

Ibu Afiq Muiz bakal disaman - Eina

Eina Azman

KUALA LUMPUR - "SAYA akan tetap saman ibu Afiq. Bukan kerana mahukan wangnya, tapi kerana membela maruah saya dan keluarga," begitulah kenyataan aktres, Eina Azman kepada wartawan berhubung hasratnya untuk menyaman ibu Afiq Muiz, Hasliza Mohd.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 18, berkata, setelah tempoh tujuh hari buat ibu Afiq membuat permohonan maaf secara terbuka tamat hari ini, dia nekad untuk meneruskan tindakan undang-undang.

"Keluarga meminta saya meneruskan tindakan undang-undang dan ayah saya akan uruskan segala hal berkaitan peguam dan sebagainya.

"Saya bukan mahu menyaman secara semberono, tetapi ini melibatkan maruah, dia telah memanggil saya dengan panggilan perempuan murahan, sundal, menuduh saya yang bukan-bukan tapi semuanya tanpa bukti.

"Secara tak langsung, cerita karutnya itu membuatkan saya turut terlibat sama dalam masalah keluarganya dan ia memburukkan nama saya," katanya.

Di tebak dengan pandangan pihak lain yang menganggapnya sebagai punca pertelingkahan dua beranak ini, Eina berkata, dia amat kesal dengan tuduhan melulu pihak lain tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Bukan saya yang mencipta kontroversi murahan ini, tetapi ibunya yang bermula dulu. Saya datang pada sidang media yang dilakukan Afiq pun kerana Afiq yang menjemput dan dia minta saya bersihkan nama saya.

"Apa untungnya saya menjadi batu api. Orang hanya tahu menuding jari saja. Tapi saya percaya pada takdir, lambat laun orang akan tahu perkara sebenar," ujarnya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular