Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 25 November 2009

Sudah Jodoh atau Terkena Ilmu Hitam ??



KUALA LUMPUR: Sikap romantis selain keinginan memenuhi adat keperkasaan lelaki andainya berjaya membawa pulang anak dara dari negara asing ke kampung halaman selepas keluar merantau, menyebabkan kira-kira 600 gadis dari negara ini terperangkap dalam ‘keramat cinta’ pemuda Lombok.

Mereka kini menjadi sebahagian penghuni Pulau Lombok, di timur Indonesia, namun hampir semua gadis yang berusia 13 hingga 30-an itu mengikut kekasih pemuda Lombok yang dikenali ketika lelaki terbabit bekerja di negara ini, atas kerelaan hati masing-masing.

Dipercayai keadaan itu berlaku berikutan lebih setengah juta lelaki daripada 2.5 juta penduduk Pulau Lombok yang majoritinya daripada suku kaum Sasak, berhijrah ke luar negara terutama Malaysia untuk mencari rezeki.

Situasi itu turut menyebabkan sesetengah kampung di pulau itu ketandusan lelaki sehingga terpaksa melantik ketua kampung di kalangan kaum wanita.

Sebuah organisasi sukarela yang bertanggungjawab terhadap tenaga kerja Indonesia iaitu Perhimpunan Indonesia Untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care), turut membuat kajian impak disebabkan migrasi itu

Migrant Care mempunyai lebih 200 cawangan di seluruh Indonesia termasuk di pulau berkenaan.

Wakil organisasi itu di Malaysia, Alex Ong (gambar), berkata pihaknya menerima banyak pertanyaan daripada keluarga di negara ini yang meminta pertolongan mengesan anak gadis atau ahli keluarga mereka yang dipercayai dibawa lari ke Lombok kerana mengikut buah hati masing-masing.

Katanya, pihaknya sedia membantu setakat yang termampu sekiranya ada ibu bapa atau penjaga gadis yang meminta bantuan.

“Bagi menangani masalah ini, saya fikir satu kajian mendalam perlu dilakukan cerdik pandai dari kedua-dua negara serumpun ini kerana ia membabitkan pernikahan antara dua budaya.

“Migrasi lelaki dari negara jiran terutama pemuda Lombok kini diibarat satu evolusi atau ‘cross cultural evolution’ yang menyebabkan percampuran budaya apabila penghijrah itu bercampur gaul dengan penduduk negara ini.

“Memang benar mereka (pemuda Lombok) berhijrah ke negara ini untuk bekerja, tetapi tidak boleh dinafikan secara biologi mereka juga mempunyai naluri ingin mendampingi wanita.

“Mungkin pilihan termudah yang ada bagi mereka ialah gadis naif di bawah umur. Pada masa sama gadis yang dipilih itu sangat bahagia apabila dilayan dengan pujuk rayu,” katanya apabila diminta mengulas kes membabitkan gadis negara ini yang lari meninggalkan keluarga demi mengikut kekasih mereka ke pulau itu.

Bagaimanapun, kes berkenaan sebenarnya meruntun hati lebih-lebih di kalangan ibu bapa gadis apabila mengetahui anak tersayang lari begitu jauh ke seberang.

Tahun lalu, antara gadis yang terperangkap dalam keramat cinta pemuda Lombok dan kini bergelar isteri ialah Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 14; Nur Liyana Abd Rahim, 19; Noor Fadilah Ahmad, 19; Sanisah Abu Bakar, 34; Nurul Wahida Hamzah, 21, dan Aishah Mokhtar, 28.

Terbaru, seorang pelajar yang juga artis remaja, Salsabila Yunan, 15, atau Bella turut cair dengan pujukan pemuda Lombok dan kini dilaporkan mengandung selepas berkahwin dengan lelaki yang membawanya ke pulau itu, Ogos lalu.

Felo Penyelidikan Utama, Institut Tamadun Alam Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Noriah Mohamed, yang sempat mengadakan kajian di Lombok dipetik berkata, adat istiadat perkahwinan dalam budaya masyarakat Lombok agak pelik kerana bakal pengantin perlu dibawa lari.

“Melarikan gadis yang disukai adalah perkara biasa bagi masyarakat di pulau itu dan ia menjadi tradisi berkurun-kurun lamanya. Tindakan pemuda Lombok melarikan gadis yang mereka cintai adalah bagi menunjukkan sikap kelelakian dan keperkasaan mereka.

“Bagaimanapun, gadis yang mereka larikan tidak akan `dirosakkan’. Minimum masa bakal pengantin perempuan dilarikan ialah tiga hari. Selepas itu, pemuda berkenaan perlu menghantar rombongan meminang pengantin perempuan,” katanya dalam satu laporan.

Bagaimanapun, Pemangku Duta Besar Malaysia di Jakarta, Amran Mohamed Zin, berkata jumlah wanita Malaysia yang dikesan di Lombok tidaklah seramai statistik didakwa Migrant Care itu.

Enggan mendedahkan angka sebenar, beliau berkata, pihak kedutaan memang ada menerima beberapa laporan kes wanita Malaysia berkahwin dan menetap di Lombok.

Rujukan:
http://www.hmetro.com.my/Wednesday/BeritaUtama/20091125073539/Article

Khamis, 19 November 2009

BERITA TERKINI : Amah larikan budak perempuan ditahan

SHAH ALAM: Amah warga Indonesia yang dipercayai melarikan budak perempuan, Siti Nurdiana Abdul Husin, 2 dari rumahnya di Seksyen 13, di sini petang Selasa lalu, berjaya ditahan polis pagi ini.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaludin berkata, wanita berkenaan ditahan kira-kira jam 10 pagi ini di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Siti Nurdiana berjaya ditemui dan diselamatkan oleh seorang pembantu kedai makan di Chow Kit pada hari sama kehilangannnya sebelum membuat laporan polis dan diserahkan kepada ibu bapanya petang semalam.

Rujukan:
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Mutakhir/20091119115252/Article

Selasa, 17 November 2009

Adakah Ini 1 Sandiwara ??



Benarkah ibu Manohara pernah lari kes mahkamah Perancis??.


Blog - yang sering mempertahankan seorang putera Sultan Kelantan - mendedahkan beberapa dokumen yang didakwa menunjukkan ibu Manohara Odelia Pinot pernah lari daripada kes mahkamah di Perancis.

Truth Appeared, blog yang menerbitkan siri foto peribadi Manohara dengan suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra menerbitkan 25 halaman dokumen satu kes di mahkamah majistret.

Satu sumber yang dekat dengan kerabat diraja itu, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata dokumen yang didedahkan “100 peratus benar”.

Dokumen-dokumen itu yang asalnya dalam bahasa Perancis, diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Pusat Bahasa Perancis di Kuala Lumpur.

manohara odelia pinot daisy fajarina Dokumen asal bagaimanapun tidak ditunjukkan di blog tersebut dan oleh itu tidak dapat disahkan secara bebas.

Dokumen terjemahan itu menyatakan, antaranya, ibu bekas model muda itu Daisy Fajarina tidak pernah menghadiri kes tersebut dan didapati bersalah dengan hukuman penjara 18 bulan.

Beliau didakwa gagal membayar pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia bernama Shaliha Lanti, sewaktu tinggal di Nice selama tiga tahun sejak 2004.

Waran tangkap

Dokumen yang sama menyatakan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya pada 26 Jun 2007.

Blog itu juga mendedahkan beberapa siri dokumen mahkamah itu, antaranya laporan-laporan perubatan dan sosial Shaliha serta kertas pertuduhan terhadap Daisy.

Menurut dokumen itu, mahkamah daerah Grasse juga mengeluarkan perintah supaya polis mencari dan memenjarakan Daisy mengikut peruntukan undang-undang negara Eropah itu.

Suaminya ketika itu Jurgen Reiner Noack-Pinot turut didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap bekas pembantu mereka itu pada awal 2007 dan dijatuhkan hukuman empat bulan penjara.

Mahkamah juga memerintahkan Daisy dan Noack-Pinot membayar sebanyak 16,000 euro (RM79,600) sebagai ganti rugi terhadap Shaliha, kini berumur 25 tahun.

tengku fakhry manohara odelia pinot indonesia tv interview 24.06.09 Shaliha sebelum itu dalam aduannya kepada polis di Perancis mendakwa menjadi mangsa penganiayaan majikannya – menyebabkan beliau sakit kepala, lengan dan bahagian bawah tubuh, perut dan pinggul, paha serta mengalami kejutan psikologi.

Laporan perubatan

Laporan perubatan Saliha yang dikemukakan kepada mahkamah mengesahkan terdapat beberapa kecederaan di tubuhnya serta menderita kejutan psikologi yang serius.

Manohara dan Daisy sering melemparkan dakwaan Tengku Muhammad Fakhry pernah mendera isterinya.

Bagaimanapun putera Sultan Kelantan itu menafikan semua dakwaan tersebut, termasuk yang terbaru melalui stesen televisyen republik tersebut, TVOne.

Rujukan: http://gosipmelayu.com/berita/dokumen-kes-ibu-manohara-dibongkar/

Ahad, 15 November 2009

Manohara tidak didera - Tengku Azwani

TENGKU Muhammad Fakhry diiringi peguamnya di Mahkamah Tinggi Syariah, di Balai Islam, Kota Bharu, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini diberitahu bahawa Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra tidak pernah mendera isterinya, Manohara Odelio Pinot sepanjang berada di negeri ini.

Saksi tunggal pihak plaintif, Tengku Azwani Tengku Iskandar, 26, berkata, laporan-laporan media mengenai dakwaan Manohara didera oleh suaminya adalah tidak benar.

Menurut sepupu kepada Tengku Temenggong itu : "Laporan itu tidak benar, sebab saya sentiasa bersama Manohara dan sekiranya ada, mesti dia (Manohara) mengadu kepada saya."

Dalam perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Mohd. Yusof Awang, Tengku Azwani yang mengaku rapat dengan sepupunya dan Manohara, menganggap hubungan kedua-dua pasangan berkenaan adalah baik dan mesra.

Beliau menyatakan demikian dalam perbicaraan kes tuntutan Manohara kembali taat kepada suaminya semasa disoal peguam syarie, Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Tengku Muhammad Fakhry.

Menjawab soalan hakim, Tengku Azwani mengakui mempunyai hubungan baik dengan sepupunya itu sejak kecil dan tidak pernah berselisih faham.

Begitu juga dengan Manohara yang rapat dengannya selepas berkahwin dan tinggal di negeri ini.

''Saya sering menemani defendan kerana kedudukan rumah saya dan kediaman pasangan itu hanya mengambil masa 10 minit perjalanan sahaja," katanya.

Dalam perbicaraan yang berlangsung hampir sejam itu, pihak defendan tidak hadir begitu juga peguam syarie yang mewakilinya.

Pada prosiding sama, mahkamah turut mendengar afidavit keterangan bertulis Tengku Muhammad Fakhry bagi perbicaraan tuntutan hutang berjumlah RM1,112,250 terhadap Manohara.

Afidavit keterangan sebanyak 31 perenggan dengan 10 muka surat itu antara lain mengandungi sijil perakuan perkahwinan, resit pembelian jam tangan bernilai RM174,000 di samping beberapa keping salinan penghantaran wang melalui mesin teler automatik (ATM) dan salinan borang kiriman wang tunai kepada defendan.

Menjawab soalan hakim, plaintif yang sebelum itu sanggup melafazkan sumpah syarie mengaku segala pemberian di dalam afidavit keterangan itu merupakan pinjaman kepada defendan termasuk membayar kepada sebuah syarikat jualan kereta di Indonesia bagi menjelaskan pembiayaan kenderaan bernilai RM286,450 pada 21 Januari 2008.

Beliau menjelaskan soal hutang di antara suami isteri, ia merujuk kepada Seksyen 9, Enakmen Tatacara Mal dan pindaan penyata tuntutan itu telah difailkan.

Hakim Syarie kemudiannya menetapkan 13 Disember depan untuk memutuskan soal tuntutan hutang dan kembali taat kepada suami itu.

Jumaat lepas, Tengku Muhammad Fakhry, 31, menyerahkan afidavit keterangan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi dua kes saman terhadap isterinya, Manohara yang mengandungi soalan dan jawapan bagi menggantikan soalan utama terhadap plaintif pada perbicaraan hari ini di hadapan Hakim Syarie, Radi Latif.

Zainul Rijal ketika bercakap kepada pemberita di luar mahkamah memberitahu, pihaknya menggunakan Seksyen 121, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah yang mengandungi beberapa peruntukan membenarkan perbicaraan tanpa defendan.

''Di bawah seksyen tersebut menyatakan, jika salah satu pihak atau kedua-duanya tidak hadir, mahkamah masih boleh meneruskan perbicaraan. Kalau kedua-dua tidak hadir atau plaintif tidak hadir, mahkamah boleh buang kes.

''Bagaimanapun jika defendan tidak hadir, mahkamah boleh meneruskan perbicaraan seperti yang berlaku pada hari ini," katanya yang ditemui selepas perbicaraan.

Katanya, tujuan seksyen tersebut untuk mengelak kedua-dua belah pihak melengah-lengahkan kes dengan syarat penyampaian telah diserahkan kepada pihak yang satu lagi.

Ditanya sama ada pihak defendan tidak mempunyai peluang membela diri selepas peguam syarie yang mewakilinya, iaitu Mohd. Faiz Adnan dan Roshdan Sujak Rafie menarik diri daripada kedua-dua kes tersebut, Zainul berkata, pembelaan Manohara tetap diambil kira.

''Defendan telah diberi peluang secukupnya dan telah melantik peguam yang kemudiannya menarik diri.

''Saya sendiri tidak tahu puncanya namun dari segi undang-undang defendan telah diberi peluang serta pembelaan telah difailkan dan hakim akan mengambil kira pembelaan tersebut," katanya.

Rujukan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_01.htm


Isnin, 9 November 2009

" Tak Akan Indonesia Hilang Di Bumi "

(Ini Batik Malaysia)

(NOTA:
Ada pengunjung yang tidak faham konsep blog ini, apa-apa pun dinasihatkan membaca tulisan admin's sebelah kiri terlebih dahulu - sebahagian daripada penulisan diblog ini dikutip dari blog penulis warga Indonesia - sila lihat di kaki setiap bahan tersebut dicatatkan alamat blog berkenaan ianya sebagai rujukan dan ini juga sebagai menambahkan pengetahuan kita rakyat Malaysia yang tidak ketahui apa yang sedang berlaku - harap maklum salam drp Admin's)


Judul diatas mengcopy pantun bijak dari Laksemana Hang Tuah dan merubahnya sedikit.

Kembali menulis berarti ada yang sesuatu yang membuat diri resah. Postingan ini sebenarnya sebuah komentar yang tadinya mau saya tulis di blognya abang, berhubung ikutan greget dan pastinya komen saya jadi panjang, sehingga menimbulkan ide dan memutuskan mau nulis tentang 'pencurian' budaya Indonesia.

Kejadiannya terjadi tahun 2008, saya dikagetkan oleh salah satu iklan TV pariwisata di Ireland yang berjudul Malingsia.

Saya tidak begitu memperhatikan namanya, namun yang saya perhatikan adalah iklan yang terdiri dari semua budaya Indonesia, sayapun berteriak kegirangan karena tentunya saya bangga bahwa budaya Indonesia sudah benar2 Go International.

Namun begitu di iklan tersebut mengatakan "Visit Malaysia 2008", sayapun mengeritkan dahi, "What?, Malaysia?, Are you killing me?!" Oh, rupanya Si Malingsia sedang melakukan gerilya untuk ke-famous-an negaranya toh.

Tidak heran budaya Indonesia di klainm sebagai miliknya, karena selama ini Indonesia tidak pernah melakukan gerilya pariwisata secara besar2an. Ya mungkin karena dirasakan tidak perlu. Lha wong si Bule sudah mengerti bahwa Indonesia adalah tempat dimana keindahan surga keajaiban dunia diciptakan seperti, Bali, Lombok, Pulau Komodo, Danau Toba, Danau Limboto di Gorontalo, Borobudur, Kepulauan Seribu, Krakatau, mungkin para bloggers yang lain bisa menyebutkan nama daerah pariwasata ditempat kalian?

Dari sabang sampai Merauke, dari Kutub Utara sampai Kutub Selatan Bumi, tentu saja setiap manusia yang pernah berkunjung ke Indonesia saat menonton iklan TV tersebut akan mengatakan sama "That is Indonesia, Not Malaysia!". Hal yang sama terjadi saat saya sedang berkunjung ke Thailand di Kho Samui salah satu pulau di Thailand.

Saat itu saya sedang melakukan travel di sebuah tempat bernama Lamai di Koh Samui, saat saya melihat salah satu toko yang menjual kain batik saya langsung masuk, dan tentunya sambil bepikir "Wah batik solo nyampe juga nih ke tempat terpecil di Thailand".

Sedang asyiknya melihat batik2 yang dipajang, seorang pegawai menyapaku "Do you like batik?", Sayapun menjawab "Absolutely". Namun saya menjadi terkejut saat sang pegawai mengatakan "This batik is from Malaysia".

Aku segera menjawab "No, this batik is from Indonesia, You see what is made from? (sambil menunjukkan made in Solo pada kain batik tersebut) This is made from Solo and, Solo is in Indonesia".

Ternyata kejadian itu bukan hanya di Thailand saja terjadi tapi sampai ke Eropa juga. Saya pribadi tidak perlu terlalu melakukan adu urat untuk beragumentasi dengan pegawai toko tersebut, apalagi kalau memang mereka tidak mengerti budaya Indonesia maupun bagaimana bentuk daripada peta Indonesia. Buang2 energi saja.

Dunia international sudah mengenal Indonesia sebagai A Very Huge Country. Mau diambil atau di klaim satu atau seribu budaya Indonesia, tetap dunia melihatnya bahwa itu adalah budaya Indonesia. Mau pake hak paten atau hak asasi kebudayaan, tetap si Robert dan si Fulan yang pernah ke Bali akan mengatakan kalau Tari Pendet dari Bali. Tak ada satupun turis international saat pergi ke Malaysia melihat kebudayaan Malaysia yang digembor2kan dalam iklan TV di Eropa ada di Malaysia.

Tentu saja tak ada, karena itu semua berasal dari Indonesia. Malahan yang ada di Malaysia hanyalah campuran budaya dari masing2 kultur dari negara Asia Tenggara yang hidup secara berkelompok seperti China dan India yang bisa dilihat di daerah Penang Malaysia.

Menyedihkan lagi, Malaysia pernah menampilkan pakaian pengantin adat Riau Melayu yang pernah saya lihat dalam Buku Butang Emas dalam acara pentas budaya international di Ireland.

Masalah budaya, tentu saja Malaysia tidak ada 'seupil'pun dari Indonesia. Sekali lagi saya dan negara di belahan manapun akan mengatakan bahwa Indonesia Is A Huge Country, dan dunia mengklaim itu, geographic mengklaim itu, seluruh orang pintar dan bodoh mengerti bahwa Indonesia is the biggest archipelago in the world.

Seribu budaya lahir di negara bernama Indonesia, sejuta bahasa lahir dari negara bernama Indonesia, dan sejuta Sumber Daya Alam ada di Indonesia. Dan dunia tahu itu. Di sini, di Negeri bernama Indonesia, aneka ragam agama lahir dan bersatu. Satu2nya pandangan negatif yang hanya bisa dilemparkan oleh Malaysia adalah banyaknya para tenaga kerja Indonesia di Malaysia.

Apapun pandangan negatif itu buktinya Indonesia telah masuk dalam G20 (The Group of Twenty Finance Ministers and Central Bank Governors). Dan kita semua tahu bahwa negara2 yang masuk dalam G20 adalah negara2 besar dan kuat. Bersama negara2 besar dari Asia lainnya seperti China, South Korea, Japan, dan India, Indonesia dipercaya oleh negara2 kuat dan kaya ini yang akan ikut membangun perekonomian dunia.

Mungkinkah Malaysia iri karena hal ini? lalu pasang aksi untuk merebut semua apapun yang dimiliki oleh Indonesia untuk mendapatkan perhatian dunia dan masuk dalam jajaran negara2 elit seperti G20? Jika begitu, ambillah sesuka hatimu apa yang kau lihat dan kau dapat dari Indonesia.

Hari ini saya dikejutkan lagi oleh sebuah iklan tentang Sumber Daya Alam Indonesia yang bercerita tentang nikmatnya kopi dan rempah2 dari Indonesia. Iklan tersebut menggambarkan tentang nusantara Indonesia dan menyebut kata Indonesia, dan terdiri dari orang2 Indonesia di dalamnya.

Tebak siapa yang membuat iklan ini? Iklan ini adalah tentang produk makanan kripik kentang dari Eropa dan dibuat oleh perusahaan Eropa. Ini menandakan betapa dunia tahu tentang kekayaan Sumber Daya Alam yang ada di Indonesia, tanpa harus di klaim secara sah, dari A sampai Z semua yang lahir dari Indonesia sudah terpatri oleh dunia sebagai trademark dari Indonesia.

Tak Akan Indonesia Hilang Di Bumi, Apapun yang diambil dan diklaim dari Malaysia tak akan merubah dan mengurangi pandangan international terhadap kekayaan kultur Indonesia. Melalui tulisan ini saya juga mau berterimakasih kepada Malaysia, karena hal ini, para ikatan pemuda pemudi Indonesia di Eropa lebih giat dan rajin dalam pementasan budaya international.

Team kultur Indonesia kini lebih percaya diri, lebih kuat, lebih sehat dalam berpikir dan bersaing dengan budaya negara lain. Team budaya Indonesia tidak perlu membayar televisi untuk mendapatkan perhatian dari khalayak media cetak dan elektronik, lha wong sudah HUGE kok.

Melihat team budaya Indonesia dengan aneka ragam baju adat sudah menarik perhatian mereka, dan cepat2 lari dan mengatakan "Guys, you look stunning!" Tak Indonesia hilang di bumi, Mari bersatu demi pertiwi yang bernama Indonesia.

Fokuskan diri, Indonesia menjadi yang lebih baik, tidak perlu membuang tenaga dengan menghardik dan mencaci maki seorang maling yang sibuk mempercantik diri dengan milik orang lain.

Keberadaaan Indonesia di G20 menandakan Indonesia berada jauh didepan Malaysia. Ini adalah kesempatan terbesar Indonesia untuk mengembangkan ekonomi yang lebih baik dirumah sendiri.

Seribu bahkan sejuta budaya yang akan dicuri, Indonesia akan tetap sama, yaitu NUSANTARA.

Begitupun dunia akan tetap melihatnya sama yaitu A PARADISE. Mengklaim sesuatu sangatlah mudah dilakukan, tapi tidak untuk suatu budaya yang lahir secara turun menurun dari nenek moyang.

Ini adalah sebuah pekerjaan yang tidak mungkin bisa dilakukan oleh negara manapun, karena mereka harus mengklaim kepada setiap 7 turunan perkeluarga yang ada di planet bumi ini. So good luck Malaysia. DBLN, 19.39-250809

Rujukan:
http://www.jengsri.com/2009_08_01_archive.html

Khamis, 5 November 2009

Kenangan Bantu Mangsa Gempa di Padang Indonesia

(Abd Bashir beramah mesra dengan guru dan anak yatim)

(Anak-anak ceria dan gembira menerima ole-ole)


Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya Pasukan Ketiga Misi Kemanusiaan Padang yang dianggotai seramai 11 orang relawan HALUAN selamat pulang daripada berkhidmat dan menyumbangkan bakti di Padang, Sumatera dari 25 Oktober hingga 1 November 2009.

Pasukan yang terdiri daripada doktor, paramedik, kaunselor, ustazah, usahawan dan pemuda ini telah dibantu oleh NGO tempatan, antaranya Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI.) Mereka berkhidmat di daerah Pariaman dan beberapa kawasan-kawasan pendalaman di sana.

Ketua misi Sdr Abd Bashir Abd. Ghani merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Saketariat HALUAN Malaysia yang telah berjaya menguruskan pemergian relawan ke sana dengan lancar, di samping mempunyai hubungan erat serta mendapat kerjasama yang baik dengan wakil NGO di Padang, Sumatera.

Menceritakan pengalaman berkhidmat di sana, relawan-relawan dari Pasukan Ketiga merasa sungguh berpuas-hati atas khidmat yang telah diberikan di sana. Kami merasakan tempoh satu minggu berkhidmat terlalu pendek, sedangkan mereka yang mengharapkan khidmat dan sentuhan kami masih tidak terhitung ramainya. Hanya beberapa buah kampung dan sekolah yang dapat disentuh dan dikunjungi.

Ketika di sana, profesion relawan sudah tidak menjadi keutamaan. Semua bertindak sebagai doktor, ustaz dan kaunselor merawat bukan sakit fizikal tetapi sakit emosi (trauma) dan ingatkan mereka agar bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk terus hidup dengan meminta pertolongan dengan sabar dan solat. Ada yang terpaksa menjadi pelawak tarbawi untuk gembirakan mereka. Bukan jutaan rupiah yg kami bawa dan tabur, tetapi hanya ole-ole kecil dan gula gula sebagai hadiah. Bukan juga seperti ‘santa claus’ yang membawa hadiah besar-besar dan mahal, tetapi hanya sekeping hati yang ikhlas dan tautan kasih yang kami taburkan. Kami datang dengan bermodalkan 5S; iaitu Senyum, Salam, Sapa, Sembang dan Simpati. Kami turut tinggalkan juga kepada mereka 5S; iaitu Sabar, Syukur, Solat, Sayang dan Silaturahim.

Tragedi gempa dan gegaran selama 40 saat yang berlaku pada petang hari yang masih cerah, 30 September. Ketika itu ramai penduduk yang masih berada di luar rumah. Bayangkan jika ianya berlaku pada malam sewaktu gelap gelita ketika penghuni berada di dalam rumah dan bangunan sedang nyenyak tidur. Tetapi Allah Maha Pengasih pada hambaNya, masih belum diuji dengan musibah yang lebih hebat dan dahsyat. Inilah satu peringatan kepada hambaNya agar bersegara kembali mengingati Allah dengan sujud dan imarahkan rumahNya di masa senang dan di masa susah.

Kami berpeluang mengunjungi beberapa buah sekolah rendah (SD) untuk menemui murid murid yang masih lagi trauma ketakutan. Ada sekolah yang ranap di mana anak-anak terpaksa belajar di bawah atap yang panas. Keadaan bilik darjah dan pakaian tidak terurus. Namun mereka tetap bersungguh hadir untuk belajar. Guru-guru pun seakan kurang semangat kerana mereka juga turut menjadi mangsa gempa, dan rumah-rumah mereka juga turut musnah.

Mangsa gempa di khemah pemindahan

Mangsa gempa di khemah pemindahan

Menyampaikan sumbangan untuk anak yatim melalui guru besar sekolah

Menyampaikan sumbangan untuk anak yatim melalui guru besar sekolah

Kehadiran kami yang hanya membawa hati dan semangat telah sedikit sebanyak berjaya mengembirakan mereka. Tampak pada wajah mereka keriangan yang amat sangat dengan sentuhan kami. Modal dan modul kami hanya ingatkan mereka agar bersyukur kepada Allah yang Maha Penyayang, ingatkan agar jangan tinggalkan solat dan sentiasalah berbuat baik kepada semua orang. Modul ini kami susuli dengan game minda sambil menyanyi, membesarkan Allah dengan Asma al HusnaNya. Kami kagum dengan kebolehan mereka menyanyikan Asma Al Husna hingga habis mengikut alunan Indonesianya. Lagu `sepohon kayu` mengembirakan mereka. Walaupun hidup 1000 tahun kalau tak solat apa gunanya. Kemudian kami ajar mereka lagu yang senikatanya berbunyi , satu satu saya sayang Allah, dua dua sayang Rasulullah, tiga tiga sayang ibu ayah, 1, 2, 3 sayang semuanya. Seronok dan terhibur mereka.

Relawan muda HALUAN memberi kaunseling

Relawan muda HALUAN memberi kaunseling

Anak-anak gembira dan dapt melupakan trauma

Anak-anak gembira dan dapt melupakan trauma

Kepala sekolah (guru besar) dan guru-guru melahirkan rasa amat terhutang budi dengan kami. Kalau boleh mereka mahu kami datang lagi menghiburkan anak murid mereka. Oh! sedih juga untuk meninggalkan mereka. Sebelum balik, ada murid perempuan yang datang bertanya... bapak datang lagi ke esok? Dari raut wajah anak itu mengharapkan sesuatu dari kami. Namun apakan daya, kami terpaksa pergi dengan seribu kenangan dan harapan. Ada kemampuan sempat juga kami sumbangkan wang kepada anak-anak yatim yang ada di sekolah itu. Bilangannya tidak sedikit juga.

Pengalaman berharga ini tidak boleh dikongsi dengan orang yang tidak merasainya dengan realiti. Ayat ayat Allah yang dibaca tidak sama dengan ayat ayat Allah yang dibaca bersama iringan amalannya. Inilah hebatnya Allah SWT yang menukil dan mentafsirkan kalamNya dengan kejadian demi kejadian, peristiwa demi peristiwa untuk mengingatkan dan menginsafkan manusia.

Ayuh! Marilah kita menginsafi diri kita. Apakah peranan dan sumbangan kita bagi membantu meringankan penderitaan mereka. Mereka adalah saudara kita. Mereka sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang berat. Bersediakah kita untuk berjawab di hadapan Allah SWT kelak? Suatu masa nanti mungkin Allah akan uji kita pula. Bersediakah kita untuk mengalaminya.

Sekadar catatan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

'teraso minangnya'....

Pak Bashir.

Rujukan:
http://www.haluan.org.my/v3/index.php/pasukan-3-misi-kemanusiaan-padang-pulang-berbakti-dengan-penuh-izzah.html

Tunjuk Kekuatan di Maya


A young recruit from anti-Malaysia group Bendera taking part in combat training. (Antara Photo)


Setelah suasana dingin dalam usaha kumpulan BENDERA hendak menyerang Malaysia awal bulan lalu telah gagal .. sekarang blog-blog Indonesia mempamerkan kehebatan jagoan masing-masing melalui foto pula.

Walaupun cerita kumpulan BENDERA hendak menyerang Malaysia 8 Oktober lalu tinggal cerita dongengan namun begitu mereka tidak patah semangat dengan menampilkan pula foto-foto aksi jagoan dari Indonesia dan juga dipihak Malaysia.

Tidak perlulah saya mengulas lebih lanjut lihat sahaja foto-foto berkenaan.


Jagoan Malaysia dengan caption: " Try Lawan Malaysian Pendekar "


Rujukan:
http://forum.lowyat.net/topic/1160340/+280

Selasa, 3 November 2009

Kenyataan keluarga Jawa di Malaysia


Pertama sekali, saya harus menjelaskan bahawa saya menentang apa jua bentuk nasionalisme atau taksub yang ekstrim kepada bangsa atau negara sendiri. Apabila isu ketengangan antara Malaysia – Indonesia ini mula didedahkan di media dan di internet, saya mengambil sikap berdiam diri pada mulanya. Namun apabila saya melihat berita-berita yang mengatakan bahawa sebuah kumpulan bernama BENDERA (Benteng Demokrasi Rakyat) secara terbuka mahu “menganyang Malaysia”, maka saya terpanggil untuk mengulas isu ini.

Saya secara peribadi tidak ada masalah dengan Indonesia. Saya adalah keturunan generasi keeempat bangsa Jawa (ya, saya bangga yang saya berketurunan Jawa!) di Malaysia yang asalnya dari Kampung Solo di Pulau Jawa, Indonesia. Bapa saya (serta ahli-ahli keluarga generasi ketiga) fasih berbahasa Jawa sehingga kini. Ada sesetengah amalan budaya Jawa yang masih diikuti oleh keluarga kami sehingga kini. Saya tidak faham mengapa ada sesetengah (bukan semua) orang Indonesia yang menuduh rakyat Malaysia “meniru” budaya mereka.

Jadi apakah selama ini keluarga saya telah meniru budaya Indonesia kerana budaya kami adalah budaya Jawa? Adakah identiti kami sebagai bangsa Jawa yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1900-an harus “dihapuskan” begitu sahaja? Bagaimanakah dengan rakyat Indonesia yang berhijrah ke Malaysia dan berkahwin dengan rakyat Malaysia…apakah mereka juga harus berhenti daripada mengamalkan “budaya” mereka dan bersikap seperti orang Barat?

Kalau ini sebabnya Indonesia hendak menganyang Malaysia, saya rasa ia adalah satu sikap yang amat menyedihkan sekali dan mereka yang terlibat benar-benar buta akan sejarah budaya di Nusantara.

Rujukan:

http://www.menj.org/ganyang-malaysia-kata-mereka/

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular