Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 3 November 2009

Kenyataan keluarga Jawa di Malaysia


Pertama sekali, saya harus menjelaskan bahawa saya menentang apa jua bentuk nasionalisme atau taksub yang ekstrim kepada bangsa atau negara sendiri. Apabila isu ketengangan antara Malaysia – Indonesia ini mula didedahkan di media dan di internet, saya mengambil sikap berdiam diri pada mulanya. Namun apabila saya melihat berita-berita yang mengatakan bahawa sebuah kumpulan bernama BENDERA (Benteng Demokrasi Rakyat) secara terbuka mahu “menganyang Malaysia”, maka saya terpanggil untuk mengulas isu ini.

Saya secara peribadi tidak ada masalah dengan Indonesia. Saya adalah keturunan generasi keeempat bangsa Jawa (ya, saya bangga yang saya berketurunan Jawa!) di Malaysia yang asalnya dari Kampung Solo di Pulau Jawa, Indonesia. Bapa saya (serta ahli-ahli keluarga generasi ketiga) fasih berbahasa Jawa sehingga kini. Ada sesetengah amalan budaya Jawa yang masih diikuti oleh keluarga kami sehingga kini. Saya tidak faham mengapa ada sesetengah (bukan semua) orang Indonesia yang menuduh rakyat Malaysia “meniru” budaya mereka.

Jadi apakah selama ini keluarga saya telah meniru budaya Indonesia kerana budaya kami adalah budaya Jawa? Adakah identiti kami sebagai bangsa Jawa yang telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1900-an harus “dihapuskan” begitu sahaja? Bagaimanakah dengan rakyat Indonesia yang berhijrah ke Malaysia dan berkahwin dengan rakyat Malaysia…apakah mereka juga harus berhenti daripada mengamalkan “budaya” mereka dan bersikap seperti orang Barat?

Kalau ini sebabnya Indonesia hendak menganyang Malaysia, saya rasa ia adalah satu sikap yang amat menyedihkan sekali dan mereka yang terlibat benar-benar buta akan sejarah budaya di Nusantara.

Rujukan:

http://www.menj.org/ganyang-malaysia-kata-mereka/

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular