Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 31 Oktober 2009

Gadis Malaysia dilarikan ke Indonesia

PULANG KE PANGKUAN...Siadin Rashid (kiri) dan Salmiah Hussin (kanan) gembira memeluk anak mereka Maslina,13, di Balik Pulau, Pulau Pinang, semalam, setelah selamat dibawa pulang sejak dilaporkan hilang sebulan lebih yang lalu.
(Berita Lanjut sila baca di bawah)


Pendedahan demi pendedahan dibuat mengenai anak gadis tempatan yang dilarikan ke luar negeri dan yang paling mencuri perhatian ialah dilarikan ke Indonesia. Kita mungkin pernah mendengar gadis-gadis yang dilarikan atau diseludup untuk tujuan pelacuran atau menjalankan kegiatan pengedaran dadah dan sebagainya. Namun begitu, istimewanya gadis yang dilarikan ke Pulau Lombok, Indonesia ini ialah untuk diperisterikan.

Itulah tradisi pelik tetapi benar atau dikenali sebagai ”merari” yang masih diamalkan di kepulauan tersebut. Merari merupakan adat tradisi masyarakat di Lombok, Indonesia. Anak gadis yang ingin dikahwini akan dilarikan sebagai suatu tanda kemegahan.

Mereka kini kian rakus mengejar ”anak baru gede”, satu istilah yang digunakan bagi mewakili anak-anak di bawah 15 tahun yang dilarikan dari luar negeri. Suatu fakta yang menarik ialah 800 ribu orang pekerja asing dari kepulauan Lombok berkerja di Malaysia secara sah atau tanpa izin.

Rinnie anak Aseng, Masliana Saidin, Evy Estefanie, Che Azreen dan Nurul Wahida merupakan antara senarai anak tempatan yang dilarikan dan kesemuanya berusia belasan tahun. Kisah yang paling mendapat perhatian ialah anak gadis dari Perak, Nurul Wahida Hamzah dan Che Siti Nor Azreen Che Ishak dari Negri Sembilan.

Sebenarnya kisah mereka ini adalah rentetan dari banyak lagi kes yang melibatkan gadis tempatan yang dilarikan ke negara kepulauan itu. Salah seorang gadis tempatan yang berjaya dibawa pulang setelah dilarikan ke pulau berkenaan menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 30 orang gadis tempatan sebayanya yang terdapat di sana.

Penasihat Imigresen dan Tenaga Kerja Kedutaan Malaysia di Indonesia pula menyatakan sejak tahun 2005 terdapat sekurang-kurangnya 12 orang anak gadis tempatan yang terkandas di Indonesia.

Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care) sebuah petubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat secara langsung dalam usaha menyelamatkan gadis Malaysia yang dilarikan pula mengatakan lebih 47 orang gadis Malaysia masih berada di kepulauan Lombok.

Statistik kes Orang Hilang dan Jumpa Seluruh Malaysia bagi suku pertama tahun 2007 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 681 wanita telah hilang. Angka dan statistik ini menunjukkan permasalahan ini akan meruncing jika tidak ditangani dengan baik.

Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk mendepani masalah ini ialah dengan mengkaji punca atau sebab kepada permasalahan tersebut. Pengakuan mangsa yang terlibat dan kajian yang dijalankan oleh 22 penyelidik universiti dari Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Scandinavia dan Sepanyol mendapati punca utama gadis tempatan dilarikan atau melarikan diri ke Indonesia ialah atas dasar cinta.

Persoalanya ialah mengapakah begitu mudah gadis tempatan cair kepada pujuk rayu warga Indonesia terbabit? Ini mungkin dipengaruhi oleh pesona ”cowok” Indonesia melalui industri ”Indonwood” yang acapkali menghiasi pawagan dan industri hiburan tanah air.

Anak baru gede tempatan mungkin berfantasi di alam perfileman dan berkhayal atau teruja untuk mendampingi jejaka-jejaka Indonesia sebagai hero hati mereka. Trend untuk bercinta dengan warga asing mungkin menjadi faktor penggalak kepada gadis tempatan untuk menerima cinta dari seberang. Mereka juga mungkin terpedaya dengan kata-kata manis dan susunan madah-madah cinta. Pihak-pihak yang berwajib haruslah memandang berat perkara ini, sebaiknya filem-filem dari luar dikurang-tayangkan di negara kita.

Ibu bapa juga harus dipertanggungjawabkan terhadap wujudnya masalah ini. Keberantakan institusi kekeluargaan dan mungkin kurangnya kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa menjadi faktor pendorong kepada anak-anak remaja ini mencari tempat untuk menumpang kasih. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, gadis yang bermasalah ini tidak mungkin akan menolak ”bantal-bantal empuk” yang disorongkan oleh segelintir warga Indonesia yang sememangnya mencari-cari mangsa.

Ibu bapa tidak harus menjadikan kesibukan mengejar kekayaan sebagai alasan untuk mengabaikan tanggungjawab dan kasih-sayang terhadap anak-anak khususnya anak gadis yang kian meningkat remaja. Komunikasi dan perhatian khusus perlulah sentiasa diberikan kepada anak-anak.

Jikalau diselami dari aspek cinta, persoalan yang mungkin timbul ialah, apakah yang difahami oleh anak gadis yang masih belasan tahun ini mengenai cinta? Seperti kisah yang dipaparkan, anak gadis yang baharu berusia 13 tahun sanggup merentas selat Melaka demi sebuah cinta.

Pemikiran kita yang waras mungkin sedikit bercelaru memikirkan makna cinta yang difahami oleh kanak-kanak yang masih bersekolah ini. Tidak dapat dinafikan, mungkin wujud unsur ilmu hitam.

Akhbar tempatan baru ini melaporkan bahawa seorang gadis yang berjaya dibawa pulang meronta-ronta dan asyik teringatkan suami yang melarikannya. Sedangkan sebelumnya, gadis terbabit bersungguh-sungguh mahu pulang ke tanah air. Gadis tempatan haruslah berhati-hati dalam pergaulan mereka khususnya warga asing yang baru dikenali. Ibu-bapa juga perlu mengawasi rakan pergaulan anak-anak.

Setelah puas dipujuk rayu, terpesona dengan ayat-ayat cinta atau terkena penangan ilmu sihir, gadis-gadis ini akan dilarikan ke Indonesia. Berdasarkan statistik kebanyakan gadis tempatan yang dilarikan ke sana tidak mempunyai pasport atau pengenalan diri yang sah.

Sebilangan besar daripada mereka ini memiliki pengenalan diri atau pasport yang palsu. Fakta ini menunjukkan betapa lemahnya pengawalan sempadan negara, bukan sekadar beras, rokok atau barangan lain diseludup dengan mudah tetapi manusia juga boleh diseludup.

Oleh hal demikian, penstrukturan semula dan pengawalan yang lebih ketat perlu diberikan di sempadan negara khususnya yang sering digunakan untuk ke negara berkenaan. Kerjasama antara Imigresen Malaysia dan Indonesia perlu dipereratkan lagi supaya pengawalan sempadan akan menjadi lebih efisien.

Seterusnya kes-kes yang telah berlaku perlu diberikan perhatian yang khusus. Kerajaan Malaysia melalui pihak berwajib perlu mengambil tindakan yang tegas. Akta yang sudah sedia ada perlu disusun semula dan ditambahbaikkan manakala akta yang baru dan relevan perlu digubal dan dikuatkuasakan.

Sebagai seorang makhluk kita harus kembali kepada ajaran agama. Ajaran agama yang secukupnya perlu diberikan kepada anak-anak. Anak-anak harus disedarkan bahawa perkahwinan mereka di seberang adalah tidak sah dari segi undang-undang sekiranya tidak memiliki pasport atau pengenalan diri yang sah.

Dari segi agama pula perkahwinan mereka diragui kerana berkahwin atas nama yang berlainan. Kesimpulannya, pengemblengan dan usaha sama semua pihak perlu bagi mengekang masalah ini daripada terus berleluasa.

Rujukan:
http://parkchick.blogspot.com/2008/05/anak-baru-gede.html
------------------------------------------------------------------

Gadis dilarikan ke Riau selamat pulang

SYAMIMI diiringi abangnya, Azrul sebaik sampai
di Pelabuhan Melaka di Banda Hilir semalam


MELAKA - Setelah sembilan tahun diculik dan dilarikan ke Indonesia, akhirnya Syamimi Rosli, 21, kembali semula ke negara ini semalam.

Syamimi amat gembira kerana selepas sekian lama, dia akhirnya dapat beraya bersama keluarganya di Kluang, Johor selepas sembilan tahun berada di Riau, Indonesia.

Bagaimanapun, katanya, dia terkilan kerana kematian ibu pada tahun 2003.

Syamimi tiba di Pelabuhan Melaka, Banda Hilir di sini pada pukul 5.30 petang dengan menaiki feri Indomal Express dari Pekan Baru, Indonesia.

"Jika boleh saya mahu tinggal di sini tetapi anak perempuan saya berumur tiga tahun dan suami, Jamhari pula di Riau, Indonesia.

"Saya harap Jamhari dan anak dapat pulang ke sini suatu hari nanti," katanya.

Bercerita mengenai kejadian dia dilarikan dua warga Indonesia pada tahun 2001, Syamimi berkata, dua lelaki itu merupakan jiran keluarganya di Kampung Melayu, Kluang.

Katanya, ketika itu, dia seolah-olah dipukau kerana mengikut semua kata-kata mereka.

Rujukan:
http://mzubairafandi.blogspot.com/2009/09/gadis-dilarikan-ke-riau-selamat-pulang.html

-------------------------------------------------------------------
Pemuda Umno bantu bawa pulang


BALING: Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno akan membantu empat lagi keluarga yang meminta bantuan badan itu membawa pulang anak gadis mereka yang dilarikan lelaki ke Lombok, Indonesia.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata mereka adalah daripada 17 kes seumpama itu yang dikesan Pejabat Kedutaan Malaysia di Indonesia, setakat ini.

"Sekretariat akan berusaha mendapatkan bantuan pelbagai pihak berkuasa, termasuk imigresen kedua-dua negara dan pihak kedutaan untuk membawa pulang gadis terbabit.

"Pada masa sama kita turut menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak mereka, terutama di kawasan yang didiami buruh asing warga Indonesia bagi mengelak kejadian warga asing membawa lari gadis tempatan," katanya ketika ditemui di sini, semalam selepas melawat keluarga seorang lagi wanita yang dilarikan lelaki Lombok.

Nur Liyana Abd Rahim, 18, dari Kampung Charok Bunting, Siong di sini dilarikan seorang lelaki warga Indonesia ke Lombok kira-kira dua tahun lalu dan dia dikatakan tidak tahan selepas terpaksa bekerja sebagai buruh di kebun sayur di Lombok Timur selepas berkahwin dengan kekasihnya.

Abdul Azeez berkata, jika Nur Liyana benar-benar mahu pulang ke pangkuan keluarganya di sini, sekretariat akan memberikan bantuan sewajar untuk membawanya pulang.

Ibunya, Saadiah Mustaffa, 44, berkata Nur Liyana yang juga anak keempatnya sudah melahirkan anak dan kerap mengadu mengenai penderitaannya serta menyesal mengikut lelaki terbabit apabila menelefon keluarganya di sini.

"Liyana merayu kami sekeluarga membantu membawanya pulang kerana sudah tidak tahan hidup di sana.

"Saya amat susah hati mengenangkan nasibnya yang sering menangis apabila mengadu mengenai kesusahan yang dilaluinya di Lombok," katanya.

Bapa Nur Liyana, Abd Rahim Ahmad, 49, mengucapkan terima kasih kepada Abdul Azeez yang berjanji akan membantu membawa pulang anaknya.

Abdul Rahim mendapatkan bantuan sekretariat itu selepas mendapat tahu kejayaannya membantu membawa pulang seorang gadis dari Perak, Noor Fadilah Ahmad, 18, yang turut dilarikan kekasihnya di Lombok, beberapa hari lalu.

Rujukan:
http://air-kopi.blogspot.com/2008/11/kes-terbaru-4-lagi-gadis-dilarikan-ke.html

--------------------------------------------------------

Gadis Balik Pulau dilarikan lelaki asing ditemui di Sulawesi


BALIK PULAU – Seorang bapa berjaya menemui dan membawa pulang anak gadisnya berusia 13 tahun yang dilarikan serta disorok di Pulau Lamaraya dekat Sulawesi, Indonesia sejak sebulan lalu.

Siadin Rashid, 45, bersama abangnya, Jalil, 50, telah bergegas pergi ke republik itu apabila mendapat maklumat bahawa anak gadisnya itu telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Indonesia.

Dia memberitahu, pada 16 Disember tahun lalu, anaknya, Maslina dilaporkan hilang antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam dan dipercayai dilarikan seorang lelaki warga Indonesia yang dikenalinya.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Daerah Barat Daya di sini pada hari yang sama.

Siadin berkata, Maslina dibawa suspek ke kampungnya di Desa Lamaraya di Wilayah Wamasangka, Buton di Sulawesi dengan menyeludupnya melalui jalan laut.

“Di sana, anak saya tinggal bersama suspek di rumah berkenaan sehingga polis Indonesia menemuinya dan menahan lelaki terbabit di Balai Polis Daerah Sulawesi Tenggara pada minggu lalu,” kata Siadin ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pondok Upeh di sini hari ini.

Katanya, dia mendapat maklumat bahawa Maslina berada di wilayah itu daripada dua lelaki yang datang menemuinya dan memaklumkan bahawa anaknya itu telah dilarikan oleh seorang lelaki yang pernah bekerja sebagai buruh di kawasan berhampiran rumahnya.

Dia berkata, dengan bantuan polis dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya, mereka ditemukan dengan pihak Kedutaan Indonesia di Pulau Pinang untuk berbincang mengenai maklumat yang dimaklumkan itu.

Ekoran itu, katanya, pihak berkuasa di Indonesia telah melancarkan gerakan mengesan Maslina, sehingga gadis itu ditemui di rumah suspek di Pulau Lamaraya minggu lalu.

“Anak saya masuk ke negara itu tanpa sebarang dokumen sah dan dilarikan dari Pulau Pinang ke Johor sebelum dibawa menaiki bot ke Tanjong Pinang dan sampai ke kepulauan itu selepas seminggu,” katanya.

Menurut Siadin, yang bekerja sebagai pekebun sayur di sini, dia menemui Maslina di sebuah balai polis dan anaknya itu, yang dalam kebingungan, terus menerpa serta memeluknya sambil menangis.

Katanya, selepas disoal siasat dan urusan dokumen diselesaikan, beliau dibenarkan membawa Maslina pulang ke negara ini dan mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kira-kira pukul 11 malam Selasa lalu.

Sementara itu, Maslina yang berada di sisi bapa dan ibunya, Salmiah Hussin, 43, kelihatan masih ‘kebingungan’ dan enggan bercakap dengan wakil-wakil media yang menemuinya.

Menurut Siadin, Maslina yang akan memulakan persekolahan sebagai pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Seri Balik Pulau Isnin ini, akan menangis jika ditanya mengenai kehilangannya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur Maslina ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

-------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR - Atas alasan takut telanjur, Nasrudin Dahrom akhirnya bernikah dengan Noor Fadilah Ahmad melalui bantuan seorang 'ustaz' di Lombok, Indonesia dua hari lalu.

Pernikahan Nasrudin, 24, dan Fadilah, 18, tetap diadakan walaupun tidak mendapat kelulusan kementerian agama di republik berkenaan yang sebelum ini menetapkan supaya Fadilah perlu mendapat keizinan walinya di Malaysia terlebih dahulu sebelum dinikahkan.

Bagaimanapun, menurut Nasrudin, beliau terpaksa membuat keputusan segera untuk berkahwin secara 'gelap' kerana tidak mahu melakukan perbuatan yang dilarang agama sedangkan kedua-dua mereka saling menyukai sesama sendiri.

"Saya tidak mahu melakukan dosa dan seterusnya terlanjur, saya menghormati Fadilah dan juga keluarganya walaupun tidak mendapat keizinan daripada jabatan agama.

"Lagi pun ada pihak tidak mahu kami terus begini dan harus dinikahkan segera dan kini kami berdua rasa sangat gembira," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Fadilah yang sebelum ini didakwa telah dilarikan oleh Nasrudin mendapat perhatian akhbar ini pada 24 September lalu melaporkan keluhan ayahnya, Ahmad Abdul Hamid, 46, setelah mendapat tahu anaknya sudah dilarikan oleh pemuda tersebut.

Beliau yang berasal dari Ladang Sungai Gedong, Bagan Serai, Perak nekad mengikut Nasrudin pada 3 September lalu ketika bekerja sebagai operator di sebuah kilang elektronik di Pasir Gudang, Johor.

Bagaimanapun Fadilah yang sebelum ini ingin kembali semula ke Malaysia tidak sedikit pun menunjukkan rasa kecewa atau tertekan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Namun perbuatannya itu boleh dianggap derhaka oleh beberapa tokoh agama sekiranya perkahwinan mereka tidak direstui keluarga.

Dalam pada itu, Nasrudin memberitahu, mereka masih belum memaklumkan perkahwinan tersebut kepada kedua orang tua Fadilah mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun usaha Kosmo! untuk bercakap dengan
Fadilah sendiri tidak berjaya kerana Nasrudin memberitahu beliau sedang menunaikan solat dan percubaan seterusnya gagal kerana telefon bimbit dibawa oleh abang Nasrudin ke rumah mentuanya.

Sementara itu, Ahmad ketika dihubungi di Perak melahirkan rasa terkejut dengan tindakan yang dibuat oleh Nasrudin dan beliau dengan tegas tetap tidak merestui perkahwinan mereka.

"Macam mana pun pak cik tetap tak setuju depa kahwin, pak cik harap anak pak cik dapat dibawa balik ke sini dengan segera," katanya.

Rujuan:
http://gempakz.forumq.biz/isu-semasa-f121/gadis-tempatan-dilarikan-warga-indonesia-t949.htm


#Catatan:
Ini adalah sebahagian kes/kasus berkenaan dan masih ramai lagi gadis Malaysia yang masih belum dapat dikesan ... SALAH SIAPA ??

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular