Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 4 Oktober 2009

Smart mulakan operasi mencari dan menyelamat di Padang



04/10/2009 4:35pm

PADANG (SUMATERA BARAT) 4 Okt — Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) hari ini memulakan gerakan mencari dan menyelamat di dua buah hotel di sini iaitu di Hotel Mariani International dan Hotel Jakarta.

Pasukan itu yang terdiri daripada 25 anggota diketuai Kapten Mohd Halimi Taib, memulakan gerakan di Hotel Mariani International, Jalan Bundo Kandung di sini pada 10 pagi waktu tempatan dan kemudian bergerak ke Hotel Jakarta selepas mendapati tiada mangsa terperangkap di hotel pertama.

“Fokus kita pada hari ini ialah mengenal pasti kawasan runtuhan yang masih terdapat mangsa yang terperangkap dan membantu pasukan penyelamat Indonesia dan negara lain bagi mengeluarkan mayat atau mangsa runtuhan yang mungkin masih hidup,” kata Mohd Halimi kepada Bernama di sini.

Pasukan Smart itu yang tiba di sini semalam, merupakan kumpulan pertama dari Malaysia menyalurkan bantuan ke kawasan tragedi bersama-sama pasukan perubatan yang terdiri daripada 31 anggota iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Mereka mendirikan khemah di kawasan lapang bersebelahan runtuhan Rumah Sakit Selasih, di sini bersama kira-kira 22 petugas media cetak dan elektronik dari Malaysia, sebagai pusat operasi. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular