PULAU PINANG,(Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini hari Isnin menetapkan 15 Sept ini untuk sebutan semula kes seorang pembantu rumah rakyat Indonesia yang dituduh cuba membunuh majikannya dengan memasukkan racun serangga ke dalam minumannya.
Hakim Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu setelah Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih menunggu laporan perubatan berhubung kes itu.
Pembantu rumah itu, Maria, 26, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan cuba membunuh majikannya, K.Saravanan Kumar, 30, seorang peguam dengan memasukkan racun jenis "malation" ke dalam susu minuman majikannya itu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di rumah No 150, Jalan Permai, Taman Brown di sini pada kira-kira pukul 7.30 pagi, 8 Mei lepas.
Maria yang diwakili Darshan Singh Khaira, dituduh menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.
Rumah Mawi dirompak, 2 penjenayah ditembak
KULAIJAYA – Dua daripada empat perompak warga Indonesia mati ditembak sejurus selepas mereka merompak rumah kepada ibu penyanyi terkenal, Asmawi Ani, 28, atau lebih dikenali Mawi di Felda Taib Andak di sini hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 pagi sebelum dua daripada suspek yang melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Waja ditembak mati di Ladang Fraser di sini pada pukul 12 tengah hari.
Dua penjenayah tersebut dikenali sebagai Marwa, 30, dari Batam dan Roni Aslah, 29, dari Tanjung Pinang yang juga sering keluar masuk ke negara ini.
Dalam kejadian pecah rumah itu, sembilan ahli keluarga Mawi yang berada di dalam rumah selamat.
Bagaimanapun ibu Mawi, Ramlah Sarlan, 64, cedera ringan di jari setelah terkena parang semasa perompak ingin mengambil gelang emas yang dipakainya.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, penjenayah terbabit melarikan diri setelah kehadiran mereka disedari oleh jiran-jiran yang terdengar jeritan keluarga Mawi.
“Selepas keluar dari rumah, mereka telah berpecah dua. Dua orang ditemui menaiki Proton Waja di Ladang Fraser di sini sebelum ditembak mati sementara dua lagi masih diburu polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
3 perompak Indonesia ditembak mati, dua lagi dikepung
DUNGUN: Polis menembak mati tiga lelaki warga Indonesia dan sedang mengepung dua lagi rakan mereka selepas melakukan rompakan di Paka, di sini, jam 6 pagi tadi.
Difahamkan, polis mengekori mereka dari Wakaf Tapai sebelum perompak yang dikehendaki itu dikepung di Paka.
Ketua Polis Daerah Dungun dijadual mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, jam 12.30 tengah hari ini berhubung kejadian berkenaan.
Bekas RELA Tembak Perompak Indonesia
SEREMBAN,(Bernama) -- Seorang penjenayah Indonesia cedera ditembak sementara tiga lagi rakannya lari lintang pukang apabila seorang bekas anggota Rela melepaskan tembakan kepada kumpulan penjenayah berkenaan yang cuba merompak banglonya di Kampung LBJ di sini awal pagi Jumaat.
Dalam kejadian 2.45 pagi itu, penyenayah yang cedera tersebut dipercayai terkena tembakan di kaki kirinya dan dijumpai pengsan di dalam longkang di luar banglo dua tingkat itu.
Dia kini dirawat di Hospital Seremban.
Mohd Yusop Buruk, 58, yang juga seorang pemburu berkata ketika kejadian itu, beliau sedang tidur di tingkat atas apabila terdengar bunyi bising dari tingkat bawah banglonya.
Beliau segera mencapai senapang patah dan keluar ke beranda di tingkat atas dan terlihat empat lembaga sedang mengumpil jeriji tingkap di tingkat bawah banglonya.
"Saya segera menempik kepada keempat-empat lembaga berkenaan. Salah seorang daripada mereka sempat melemparkan sehelai kain ke arah saya. Saya lalu melepaskan dua das tembakan ke arah mereka dalam keadaan yang agak samar ketika itu.
"Selepas terdengar tembakan, kesemua mereka dilihat bertempiaran melarikan diri. Ketika itu saya tidak sedar bahawa tembakan saya telah mengenai kaki salah seorang penjenayah berkenaan," katanya.
Mohd Yusop kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Nilai.
"Semasa dalam perjalanan untuk membuat laporan, saya menerima panggilan telefon dari seorang jiran saya yang terjumpa seorang lelaki sedang terbaring dengan berlumuran darah di dalam longkang di banglo saya," katanya.
Polis yang kemudiannya tiba di tempat kejadian mendapati lelaki terbabit telah pengsan, katanya.
Polis turut menemui sebilah pisau dan topeng muka milik lelaki itu.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Supt Zazali Hashim mengesahkan mengenai kejadian itu dan polis sedang memburu tiga perompak berkenaan.
Pelawak Jamali Shadat dipukul dan dipijak perompak
Pelawak terkenal negara Datuk Jamali Shadat atau nama sebenarnya Jamalai Shadat cedera dipukul dan dipijak dalam kejadian rompakan di banglonya di Kampung Sungai Pinang, Jalan Datuk Harun, Pulau Indah di Klang awal hari Selasa.
Ketua Polis Daerah Klang ACP Md Jamil Ayob berkata dalam kejadian pukul 4 pagi itu, tiga lelaki yang dipercayai berasal dari
"Ketiga-tiga lelaki itu yang bersenjatakan parang kemudiannya masuk ke bilik pembantu rumah Datuk Jamali, mengikatnya dan kemudian mengarahkan dibawa ke bilik tuan rumah," katanya di Klang.
Beliau berkata pembantu rumah yang sudah bekerja selama
Katanya sebaik Jamali bangun dan membuka pintu, ketiga-tiga perompak itu menyerang serta bergelut dengan tuan rumah dan pada masa itulah dia diketuk di kepala dengan menggunakan besi pengumpil berkenaan.
Md Jamil berkata perompak terbabit kemudiannya menggeledah rumah itu dan mengambil wang tunai RM2,000 selain barang kemas bernilai RM7,000.
Katanya perompak berkenaan juga mengambil senapang patah yang sudah dimiliki Jamali sejak kira-kira 30 tahun lepas selain 30 butir peluru yang tersemat pada tali pinggang dan juga yang disimpan dalam kotak.
Perompak berkenaan kemudiannya dipercayai melarikan diri dengan menggunakan sebuah kenderaan yang sedang menungggu di luar rumah.
Md Jamil berkata perompak-perompak itu tidak bertopeng tetapi menutup muka mereka dengan menggunakan singlet.
Katanya Jamali yang cedera di kepala menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dibenarkan pulang kira-kira 11 pagi tadi.
Bunuh: Hukuman pembantu rumah diringankan
PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan hukuman penjara 18 tahun yang diputuskan terhadap seorang pembantu rumah warganegara Indonesia yang didapati bersalah membunuh isteri majikannya, hampir tujuh tahun lalu.
Sebaliknya, hukuman ke atas Herlina Trisnawati, 26, dikurangkan kepada penjara 10 tahun atas kesalahan menyebabkan cedera parah terhadap mangsa, Soon Lay Chuan yang ketika kejadian berusia 32 tahun.
Pada akhir prosiding rayuannya, tertuduh kelihatan ceria sewaktu dijelaskan oleh peguamnya, T. Vijayandran bahawa dia kemungkinan dibebaskan bulan depan kerana hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh tangkapan iaitu pada 14 Ogos 2001. Dia dilihat tersenyum gembira ketika diiringi ke lokap mahkamah.
Mahkamah memutuskan demikian setelah meminda tuduhan membunuh tanpa niat di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kepada Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Keputusan dibuat secara sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.
Herlina dari Surabaya didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira pukul 3 petang, 14 Ogos 2001 di rumah majikannya di No. 66, Jalan USJ 4/2, UEP Subang Jaya, Selangor.
Dia sebelum itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Inilah video pembantu rumah yang paling celaka abad ini.
Sungguh bangsat apabila dengan tak ada hati perutnya pembantu rumah ini telah
memijak dan berdiri atas anak tuannya. Dah la kecik lagi budak tue.
Cuba bayangkan 2 orang lagi anak yang kat tepi tue. Mesti tengah ketakutan.
Sumpah jahat orang macam nie. Aksi kejam pembantu rumah ini telah dirakam melalui
cctv milik tuan punya rumah nie.
Pengajarannya ialah, kalau nak carik bibik ataupun pembantu rumah, carilah
yang tua-tua. Selalunya yang muda-muda nie kasar, ganas dan tak pandai buat
kerja sangat. Kalau nak lagi bagus, tak payah carik bibik. Suruh bini anda
ajer jaga anak kat rumah.
*Rujukan;
http://beautifulnara.com/video-pembantu-rumah-yang-bangsat/