Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 29 November 2010

10 nelayan Indonesia ceroboh perairan negara ditahan

( Foto hiasan )



LUMUT:---- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 10 orang nelayan Indonesia berusia antara 17 dan 20 tahun kerana menceroboh perairan negara di Pulau Pangkor semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 3 (DM 3), Kapten Maritim Ang Cheng Hwa, berkata nelayan yang menaiki dua bot berasingan ditahan kapal APMM KM Malawali pada 11.45 pagi dan 12.15 tengah hari.

Katanya, kedua-dua buah bot dikesan berada kira-kira 25 batu nautika dari barat laut Pulau Pangkor.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata kedua-dua buah bot berkenaan sedang menangkap ikan menggunakan peralatan rawai semasa ditahan semasa tangkapan itu dilakukan.

Kedua-dua bot itu yang setiap sebuah dikendalikan oleh seorang tekong dan empat awak-awak berpangkalan di Belawan, Sumatera, Indonesia, katanya.

Katanya, kedua-dua kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan atau cuba menangkap ikan di perairan perikanan Malaysia.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, tekong bot boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih dua tahun manakala awak-awak boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih enam bulan setiap seorang. - Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular