Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 24 November 2010

2 beradik didera kekasih ibu

( Foto hiasan )



PULAU PINANG :---– Seorang pemuda berusia 29 tahun ditahan polis selepas dipercayai mendera dua kanak-kanak yang juga anak teman wanitanya di sebuah pangsapuri di Ayer Hitam, di sini hari ini.

Kedua-dua beradik malang itu iaitu kanak-kanak lelaki, 5, dan adik perempuannya, 4, dipercayai didera termasuk dicucuh dengan rokok oleh suspek sejak hampir setahun lalu.

Difahamkan, hasil maklumat orang awam, polis dan sepasukan peronda sukarela menyerbu rumah berkenaan dan menyelamatkan kedua-dua mangsa tersebut pada pukul 1.30 petang.

Lelaki dan ibu kepada dua beradik itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan difahamkan wanita berkenaan telah pun dilepaskan selepas keterangannya diambil.

Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu didera lebih teruk berbanding abangnya sehingga cedera di muka, tangan, kaki serta mempunyai kesan lebam di pipi.

Dia kini ditahan di wad kanak-kanak Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular