Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 27 Ogos 2011

Jangan ragu status halal daging import



GURUN - Umat Islam di negara ini tidak perlu meragui status halal daging import yang dibawa masuk untuk memenuhi keperluan bekalan daging sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semua pengimport daging di negara ini telah dikenal pasti mematuhi syarat kelulusan status halal sebelum dibenar berbuat demikian.

"Daging import merupakan daging yang dikenal pasti daripada pengimport yang mematuhi tanda aras dan juga sijil halal yang telah dikeluarkan.

"Jadi tak timbul keraguan umat Islam yang akan menyambut Aidilfitri beberapa hari yang akan datang ini berkenaan bekalan daging, selain jaminan daripada pihak KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)," katanya.

"Kita import dari tempat-tempat yang mendapat kebenaran sijil daripada pihak Jakim," katanya.

Jakim, katanya, sentiasa memantau pihak yang berkaitan untuk tujuan pembekalan serta pematuhan tanda halal yang telah diletakkan kerajaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular