Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 25 Ogos 2011

Kerajaan haramkan Seven Colour Crystal Ball

Seven Colour Crystal Ball (SCCB)



PUTRAJAYA - Berkuatkuasa hari ini, kerajaan melarang pembekalan dan penjualan agar-agar yang digunakan bagi pertumbuhan pokok, Seven Colour Crystal Ball (SCCB) serta barang seumpamanya di pasaran kerana boleh menyebabkan risiko usus tersumbat sekiranya ditelan kanak-kanak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu dikuatkuasakan selepas kementeriannya menerima lapan kes akibat tertelan agar-agar itu, membabitkan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun.

“Semua kes pembedahan berlaku antara April tahun lalu hingga Ogos tahun ini. Tujuh daripada kes berkenaan dilaporkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan satu daripadanya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Kes terbaru yang dilaporkan di HKL membabitkan kanak-kanak berusia 12 bulan tertelan agar-agar itu dan dia menjalani pembedahan pada Selasa lalu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Agar-agar berkenaan berbentuk ketulan atau manik pelbagai warna dengan permukaan yang licin dan bergel digunakan sebagai hiasan serta sumber air kepada tumbuhan.

Saiz asalnya kurang daripada 0.5 sentimeter (sm), namun boleh mengembang sehingga enam kali ganda daripada saiz asal. Apabila ditelan kanak-kanak, usus akan mengembang dan tersumbat.

Produk SCCB itu juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Crystal serta Crystal Soil dan antara negara pengeksport ialah Jepun dan China.

Ismail Sabri berkata, larangan pembekalan dan penjualan SCCB itu berdasarkan Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599] iaitu mana-mana individu atau syarikat tidak boleh membekalkan, menawarkan atau mengiklankan untuk membekalkan barang yang tidak menasabah.

Katanya, pihaknya akan menjalankan pemantauan dan memberikan khidmat nasihat terhadap pihak industri yang membekalkan agar-agar itu di pasaran tempatan. “Kita bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi memastikan larangan import SCCB dan barang seumpamanya ke negara ini.

“Malah, kita akan menyita, menarik balik dan melakukan pendakwaan jika SCCB didapati dibekalkan ke pasaran tempatan selepas tempoh penarikan balik yang ditetapkan,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular