Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 23 Februari 2012

Pelawak Yahaya Sulong masuk hospital



KUALA LUMPUR - Pelawak veteran tanah air, Datuk Yahaya Sulong, lebih senang dengan panggilan Pak Ya, 84, dikejarkan ke hospital Isnin lalu selepas terjatuh di bilik air di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin Seri Perak, Sentul. Beliau dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, sebelum dipindah ke Hospital Ampang.

Menurut salah seorang doktor yang merawat beliau, Pak Ya tidak pernah koma dan hanya direhatkan selama dua hari setelah diberi suntikan ubat tidur.

“Kami beri ubat tidur supaya beliau rehat, tetapi, pada malam Selasa lalu, beliau kembali sedar. Kini, beliau boleh menerima makanan, namun tidak boleh bercakap banyak kerana masih lemah,” katanya.

Presiden Persatuan Karyawan dan Seniman Malaysia, Datuk Freddie Fernandez dan pelakon Zed Zaidi melawat Pak Ya dan memberi sumbangan kepadanya.

Turut hadir dan memberi sumbangan ialah ahli Exco Pemuda Umno Malaysia, Zamawi Jaafar, yang juga ahli Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan Negeri Selangor.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular