Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 24 Mei 2012

14 jam Ibu dan anak jadi tebusan


Pasukan paramedik merawat suspek yang cedera ditembak.




SIBU - Selepas hampir 14 jam bersabar dan cuba berunding dengan seorang lelaki bersenjata pisau menahan anaknya sendiri berusia tiga tahun serta ibunya sebagai tebusan di sebuah rumah di Jalan Sui Ting, Sungai Teku, di sini, polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol renjatan (taser) terhadap lelaki berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak serta wanita berkenaan, semalam.

Drama tebusan bermula jam 7 malam kelmarin dan berakhir 9 pagi semalam, bermula apabila suspek berusia 28 tahun dikatakan baru dua hari dibebaskan dari penjara, bertindak memegang anak lelakinya serta mengarahkan ibunya tidak keluar rumah selepas bertengkar dengan wanita berkenaan.

Difahamkan, suspek bersenjatakan pisau pemotong sayur, sebelum itu turut mengugut ibunya mematuhi arahannya sekiranya tidak mahu dia kehilangan nyawa. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafiee Ismail, berkata ibu suspek cuba mententeramkan keadaan namun gagal sehingga memaksa seorang ahli keluarga menghubungi polis.

Beliau berkata, usaha ahli keluarga memujuk suspek berlarutan sehingga jam 1 pagi namun tiada tanda positif krisis itu boleh diselesaikan dengan baik menyebabkan adik wanita berkenaan menghubungi polis.

“Sepasukan anggota tiba di rumah suspek, cuba memujuk lelaki itu tetapi gagal malah suspek bertindak lebih agresif dengan meletakkan pisau pada leher anaknya sambil menjerit supaya anggota kami meninggalkan rumahnya.

“Proses memujuk berlarutan sehingga jam 9 pagi tadi (semalam) sebelum polis mengambil keputusan melepaskan tembakan selepas suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun sudah beberapa kali diarah menyerah diri dan membebaskan tebusan.

“Suspek kelihatan sesekali menjenguk polis yang memenuhi perkarangan rumah melalui tingkap. Pada masa sama, ibunya hanya dibenar memberi sebotol susu kepada cucu lelakinya itu selepas kanak-kanak berkenaan menangis ketakutan,” katanya.

Menurut Shafiee, selepas rundingan menemui jalan buntu, polis tiada pilihan melainkan terpaksa menembak suspek menggunakan pistol taser yang mengenai tubuhnya membolehkan tebusan diselamatkan.

Beliau berkata, suspek serta anak dan ibunya kemudian diberi rawatan oleh pasukan paramedik yang berada di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan.

“Siasatan awal mendapati, suspek pernah ditahan Februari lalu kerana memiliki kenderaan curi. Dia ditahan selepas kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Kampung Jeriah selepas dikejar kereta peronda polis.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular