Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 22 Mei 2012

Amah Indonesia larikan barang kemas dicekup polis

 INILAH Pangsapuri Jasmin dekat Kampung Melayu Subang di Shah Alam, Selangor tempat persembunyian amah Surabaya yang mencuri. Amah itu, Lis, ditahan polis semalam.




PETALING JAYA - Polis berjaya menahan seorang amah dari Surabaya, Indonesia yang melarikan diri bersama set barang kemas bertatah berlian milik keluarga seorang ahli politik wanita di Kelana Jaya di sini kelmarin.

Penahanan tersebut dibuat sehari selepas berita amah berkenaan melarikan barangan kemas berharga RM50,000 itu tersebar.

Dia ditahan polis ketika bersembunyi di sebuah pangsapuri dekat Kampung Melayu Subang di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang mengesahkan tangkapan itu berkata, amah yang dikenali sebagai Lis, 29, ditahan kira-kira pukul 6 petang ketika bersembunyi di sebuah rumah dipercayai milik rakannya.

"Bersama amah itu, polis menemui semula set barang kemas bertatah berlian yang dilarikan itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular