Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 Mei 2012

Mesyuarat selaras pengagihan 148 tan buah kurma Kurnia




BANDAR SERI BEGAWAN - Mesyuarat Penyelarasan Pembahagian Kurma Kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1433 Hijrah / 2012 Masihi diadakan pagi ini yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), Awang Haji Brahim bin Haji Ismail.

Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat itu ialah mengenai sistem pengendalian dan pembahagian kurma kurnia dan seterusnya melantik urus setia dan ahli-ahli Jawatankuasa Penyelaras Pembahagian Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi tahun 1433 Hijrah / 2012 Masihi yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan pegawai-pegawai Yayasan.

Di samping itu, mesyuarat berkenaan juga membincangkan mengenai format atur cara Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan seterusnya melantik ahli-ahli Jawatankuasa Penyelaras dan Jawatankuasa Kecil Pembahagian Kurma dan Majlis Pelancaran Pengagihan kurma berkenaan.

Mesyuarat pada pagi itu dihadiri oleh pegawai-pegawai daerah/wakil dari keempat-empat daerah dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Pelabuhan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pasukan Polis Diraja Brunei serta pegawai-pegawai Yayasan.

Pembahagian kurma kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada tahun ini akan bermula dengan Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma di mana dalam majlis itu nanti buah kurma kurnia peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan diserahkan kepada ketua-ketua kampung di seluruh negara dan mereka kemudiannya (iaitu selepas majlis pelancaran) akan mengagih-agihkan buah kurma tersebut kepada anak-anak buah kampung di bawah jagaan mereka masing-masing.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular