Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 28 Mei 2012

Muzakarah: Mufti Perak sifatkan Pas ghulub




KUALA TERENGGANU – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Pas sebagai ‘ghulub’ ataupun melampau kerana mengenakan syarat untuk bermuzakarah bersama Umno hingga menyebabkan usaha itu tidak menjadi kenyataan.

Kecewa keadaan itu, beliau turut menyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras hati dan sukar dilembutkan apabila tetap mengulangi pendirian tidak dapat melupakan sejarah lampau parti itu bersama Umno.

Harussani berkata, sikap pemimpin Pas itu jelas menggambarkan mereka langsung tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Malah katanya, beliau sendiri sentiasa bersedia menjadi orang tengah dalam memastikan muzakarah antara Pas dan Umno menjadi kenyataan dan ia demi kepentingan Islam. “Saya sudah biasa bersemuka (dengan Pas), tapi kalau keras juga hati macam mana nak lembutkan. Saya juga sudah kemuka perkara ini (muzakarah) sekian lama dan minta jangan ada perpecahan orang Islam.

“Kita boleh berbeza pendapat dan parti tapi jangan berpecah namun jawapannya, kita tidak boleh lupa benda itu,” katanya selepas mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Primula Beach Hotel, semalam.

Menurutnya, dalam konteks agama, mereka yang keras hati boleh tergolong dalam kumpulan melampau dan sikap itu ditolak oleh Islam.

“Dalam Islam, kalau kita berkelahi tidak boleh melampau, begitu juga hal lain termasuk makan, perlu ada kesederhanaan. Kalau melampau kita berpecah dan akan hancur.

“Pas memang sudah melampau kerana tidak menghiraukan hal lain, apa nak jadi dengan bangsa dan agama kita, mereka tidak peduli sebaliknya hanya mahukan kerusi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam buang sikap negatif dan mementingkan diri sendiri, sebaliknya bersatu padu tanpa mengira fahaman politik.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular