Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 26 Jun 2012

Brunei-M'sia mantap kerjasama kesihatan


Haji Saifulbahri menyampaikan kata alu-aluan beliau.





BANDAR SERI BEGAWAN - Kerjasama dua hala dalam bidang kesihatan di antara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia terus diperkukuhkan semenjak penandatanganan memorandum persefahaman lebih daripada lima tahun lalu.

Menurut Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Haji Saifulbahri bin Haji Mansor penandatangan itu menyediakan platform untuk memperkukuhkan lagi kerjasama yang tertumpu kepada kaedah yang membawa kebaikan kepada belah pihak.

Katanya, bidang-bidang kerjasama itu meliputi pelbagai bidang kesihatan yang relevan dan dapat membantu kesiapsiagaan kedua-dua buah negara dalam menangani cabaran-cabaran kesihatan sekarang dan masa akan datang.

"Di samping itu, bidang kerjasama yang baru turut diterokai dan dua bidang kerjasama yang baru adalah pelancongan kesihatan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sektor kesihatan.

"Kewujudan bidang-bidang kerjasama yang baru itu mencerminkan hubungan kerjasama dua hala yang dinamik di dalam arena kesihatan serantau dan global dua negara ini," katanya semasa berucap di Mesyuarat Dua Hala Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia ke-6 yang diadakan di Hotel Empire and Country Club, Jerudong, hari ini.

Haji Saifulbahri berkata bahawa tanggungjawab pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan tidak sahaja terhad untuk mengubati penyakit tetapi juga harus meliputi bidang pencegahan penyakit dan mempromosi kesihatan.

Di samping itu juga, dalam perkembangan dalam abad ke-21 ini, beliau berkata semua pihak harus memberikan tindakan sesuai kepada isu-isu berkaitan dengan alam sekitar, ekonomi dan sosial yang memberikan kesan kepada kesihatan.

Oleh itu, adalah amat penting, bagi Brunei dan Malaysia untuk menggunakan kerjasama dua hala yang erat di antara kedua-dua buah negara untuk berkongsi perkembangan kesihatan yang terkini meliputi risiko, penyakit dan keadaan hingga ke perkongsian kaedah untuk memperkukuhkan lagi sistem kesihatan kedua buah negara.

Sementara itu Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Kamarul Zaman bin Mohd Isa dalam ucapan balas beliau, berkata mesyuarat dua hala di antara Brunei dan Malaysia merupakan platform yang baik bagi mengemaskinikan dan bekerjasama rapat untuk menangani isu-isu serta pertukaran kepakaran teknikal dan pengalaman dalam bidang-bidang yang berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular