Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 27 Jun 2012

Mohon segera gerai Ramadhan KPLK Berakas B




BANDAR SERI BEGAWAN - Majlis Perundingan Kampong Negara kawasan 3 Lambak Kanan Mukim Berakas B kini sudah membuat persediaan bagi penyediaan gerai untuk memberi peluang para penduduk yang berminat untuk berniaga di sepanjang bulan Ramadhan yang menjelang tiba tidak lama lagi.

Kawasan 3 Gerai Ramadhan 2012 akan diadakan di tempat seperti biasa iaitu kawasan lapang Dewan-dewan Kemasyarakatan 1, Jalan 1 Perumahan Negara Lambak Kanan berdekatan dengan Sekolah Rendah Dato Marsal.

Sehubungan itu borang-borang bolehlah didapati mulai sekarang daripada pengerusi Pengiran Haji Abu Bakar bin Pengiran Haji Hitam melalui telefon nombor 2330288/8809024 Awang Haji Mohd Yussof Mohd Salleh telefon 2337174/8766076 Awang Haji Mahir Mohd Yusof telefon 2336810/8834643.

Sejak Gerai Ramadhan diungkayahkan lima tahun lalu dengan kerjasama MPK kawasan tiga mendapat sambutan terutama daripada penduduk kawasan tiga Kampong Perpindahan Lambak Kanan dan MPK memberi peluang kepada penduduk kampung membabitkan diri dalam bidang perniagaan sepanjang bulan Ramadhan demi menampung perbelanjaan menyambut Hari Raya nanti.

Tarikh tutup menerima borang gerai Ramadhan ialah pada 19 Julai 2012 jam 4.00 petang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular