Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 24 Jun 2012

Kelantan diberi 3 minggu siasat dakwaan seleweng




BACHOK - Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai hari ini kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).
  
Timbalan Menterinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang  dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), hendaklah didedahkan kepada rakyat.
  
"Jika rakyat tidak berpuas hati dan pertikaikan keputusan (siasatan) itu, pihak kementerian akan mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Banglo Rakyat Malaysia peringkat daerah Bachok di Perupuk di sini, hari ini.
  
Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis yang dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripada pegawai kanan KGT, oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.
  
Awang Adek berkata pihaknya tidak mahu mengarahkan kedua-dua badan kerajaan itu membuat siasatan sekarang, untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri membuat siasatan sendiri dan hasilnya hendaklah dibentangkan kepada rakyat dengan segera.

Beliau berkata, kementerian tidak mahu isu itu terus berlarutan kerana ia boleh mencemarkan imej Islam yang kini sudah mendapat perhatian ramai termasuk yang bukan beragama Islam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular