Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 21 Jun 2012

Muis kumpul $100,000 acara Cabaran Presiden


Presiden Tony Tan (tengah) dibantu Dr Yaacob (kiri) dengan disaksikan Haji Allaudin menyiapkan beriani amal di Masjid Khalid semalam.



SINGAPURA - MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) berharap dapat mengumpulkan $100,000 untuk acara Cabaran Presiden 2012.

Pengerusi Masjid Khalid, Haji Allaudin Mohamed, berkata daripada jumlah itu, pihaknya bercadang mengumpulkan $40,000 sempena jualan nasi beriani amal tahun ini.

"Saya rasa berbesar hati dan syukur kerana selain pembelian nasi amal sebanyak 4,000 bungkus, ada juga sokongan derma daripada beberapa institusi dan syarikat swasta," jelas Haji Allaudin ketika ditemui di Masjid Khalid, di Joo Chiat Road, semalam.

Dalam majlis semalam, Presiden Tony Tan Keng Yam dan isteri, Cik Mary Tan, telah membantu para relawan masjid menambah rempah ratus kepada nasi beriani.

Mereka turut menyertai para tetamu menikmati hidangan nasi beriani tersebut.

Ini merupakan kali pertama Presiden Tony Tan menyertai majlis beriani amal di Masjid Khalid sejak menjadi Presiden tahun lalu.

Turut menyertai mereka ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim; Presiden Muis, Haji Mohd Alami Musa; dan Mufti; Dr Mohamed Fatris Bakaram.

Acara tahunan anjuran Muis dengan sokongan masjid-masjid setempat itu kini memasuki tahun ke-11.

Menurut Muis, usaha mengumpulkan dana itu merupakan sebahagian daripada usaha Muis memberikan sumbangan melewati masyarakat Muslim.

Baki sekitar $60,000 bagi Cabaran Presiden itu akan dikumpulkan hasil ikrar masjid-masjid di sini, termasuk daripada tabung masjid, ikrar pelbagai pertubuhan dan individu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular