Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 20 Jun 2012

Suami gagal selamatkan isteri dibaham buaya

Kakitangan Hospital Saratok membawa mayat Siah (gambar kecil).


SARATOK -  Kasih mendalam terhadap isteri menyebabkan seorang lelaki sanggup menggadai nyawa bergelut dengan buaya sepanjang enam meter selama hampir 10 minit bagi membebaskan isterinya yang dibaham reptilia itu di Sungai Anak, Roban di sini, petang kelmarin.

Namun, usaha dilakukan Embol anak Asum, 43, gagal apabila isterinya, Siah anak Munsong, 42, ditarik haiwan itu ke tengah sungai sebelum mayatnya ditemui tersangkut pada jaring, kira-kira jam 9.40 malam.

Sebelum kejadian, Siah bersama suaminya yang juga Tuai Rumah Panjang Sungai Anak itu mandi di sungai berkenaan sejurus selesai mencari rotan di hutan berdekatan, kira-kira jam 5.30 petang.

Embol berkata, sebelum kejadian, dia berada di tebing sungai dan melihat isterinya seolah-olah ditarik sesuatu sebelum menjerit meminta pertolongan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular