Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 12 Januari 2014

Gempar gambar anggota polis mabuk tepi jalan

Gambar yang tersebar di Facebook dan blog.

SHAH ALAM - Gempar apabila di laman-laman media sosial tersebar gambar dua anggota polis peronda yang dipercayai mabuk dirakam tertidur dalam kereta peronda yang diberhentikan di bahu jalan.

Empat keping gambar yang disebarkan itu menunjukkan dua orang dalam pakaian seragam polis sedang nyenyak, dengan seorang daripadanya memegang tin minuman keras.

Dalam kereta polis itu juga kelihatan senjata api yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang kenderaan tersebut.

Selain itu, Sinar Harian Online juga mendapati sumber turut memuatkan gambar nombor pendaftaran kenderaan polis tersebut.

Namun seorang pengguna Facebook, Nordin Mansor yang memberi komen di laman Facebook Suara Rakyat mengatakan gambar itu bukanlah situasi sebenar dan turut menafikan anggota polis dalam gambar tersebut benar-benar mabuk.

Nordin yang juga dipercayai seorang anggota polis menjelaskan bahawa situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular