Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 30 Januari 2014

Memang benar Label halal pada daging babi

FOTO HIASAN.

SINGAPURA - Polis Singapura semalam, mengesahkan laporan dibuat berhubung penipuan tanda halal pada bungkusan makanan seperti tersebar di laman Facebook baru-baru ini.

Menurut Straits Times, imej menggambarkan, terdapat bungkusan daging khinzir dijual di Pasar Fair Price mempunyai pelekat halal berwarna hijau.

Laporan itu dibuat selepas Ahli Parlimen Pasir Ris, Zainal Sapari meminta polis menjalankan siasatan apabila rangkaian pasar raya mengeluarkan kenyataan menyifatkan imej tersebut sebagai penipuan nakal.

Pasar raya tersebut juga pernah membuat laporan polis sejak imej bungkusan pertamanya diubah dan diedarkan melalui emel pada 2007.

Sementara itu, di bawah Seksyen 298A, hukuman penjara atau denda boleh dikenakan terhadap pesalah yang menggalakkan permusuhan antara kaum atas alasan agama atau bangsa yang boleh menggugat keharmonian negara.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular