Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 6 Januari 2014

Puluhan tahun meninggal 'Jasad bayi masih utuh'

SEORANG penggali kubur Abdul Ghani Ibrahim mengangkat jasad yang ditemui dan dikafankan semula sebelum dipindah serta disemadi.

ALOR GAJAH - Beberapa penduduk terkejut apabila jasad dipercayai seorang bayi perempuan masih sempurna biarpun sudah disemadikan puluhan tahun lalu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama yang terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, pagi kelmarin.

Difahamkan, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan yang diwartakan itu.

Naib Pengerusi Masjid Al-Syakirin Padang Sebang Rambeli Md Taha, 73, berkata, tujuh pusara lama itu dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan kerana ia membabitkan maruah Islam.

“Saya dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengambil masa hampir lapan bulan bagi memastikan perpindahan pusara lama ini dapat dilaksanakan dengan sempurna sebelum mendapat persetujuan daripada Mufti Melaka, baru-baru ini.

“Jika dikenal pasti dan diteliti, masih banyak lagi pusara lama tidak ditempatkan dalam kawasan tanah perkuburan, namun ia memerlukan masa agak panjang untuk dipindahkan kerana prosedur yang ketat,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.(Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular