Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 27 Januari 2014

Makan rumput: Dua murid kembali bersekolah


SUNGKAI - Dua murid sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, yang dihukum seperti 'lembu' oleh guru Bahasa Inggeris mereka dengan digantungkan loceng dileher dan diberi rumput sebagai makanan hanya kerana gagal menyiapkan kerja sekolah, kembali bersekolah pagi ini.

Mohd Izat Iqbal Mohd Harrith dan Muhammad Naswender Muhammad Ammit, kedua-duanya berusia 10 tahun, dihantar ibu masing-masing kira-kira jam 7 pagi tadi.

Menurut Siti Aisyah Hashim, 32, ibu kepada Naswender, apabila dikejutkan untuk ke sekolah, anaknya mengatakan tidak mahu pergi sekolah.

 "Saya terpaksa memujuknya dengan memberitahu jika dia mahu pandai dia perlu ke sekolah dan selepas itu baru anak ingin ke sekolah.

"Namun, anak saya masih ragu-ragu dengan meluahkan rasa takut dan bimbang jika rakan sekelas dan sekolah akan memanggilnya 'lembu'," katanya ketika ditemui di sekolah anaknya.

Siti Aisyah berkata, dia berpesan kepada anaknya itu supaya melaporkan sebarang ejekan atau gangguan kepada guru kelas dan guru besar.

Sementara itu, ibu kepada Mohd Izat Yarnis Kesuma Dewi Zainal Aripin, 32, berkata, dia gembira apabila mengetahui guru Bahasa Inggeris yang memperlakukan anaknya seperti lembu itu sudah dipindahkan sekolah serta merta.

"Tindakan itu baik, kerana jika guru terbabit masih mengajar mungkin anak kami akan takut dan bertambah trauma.

"Saya harap kejadian ini dapat dijadikan pengajaran kepada semua golongan pendidik supaya tidak melakukan sesuatu yang melanggar peraturan," katanya.(Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular