Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 1 Oktober 2014

Tauke inap desa rakam gambar bogel


IPOH – Seorang ahli perniagaan lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas lapan pertuduhan me­rakam gambar mandi sebuah keluarga dalam keadaan bogel menggunakan televisyen litar tertutup (CCTV) mini di inap desa miliknya di sini pada Julai lalu.

Tertuduh, Lim Lai Heng, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Haslinda A. Raof.

Lai Heng didakwa hendak mengaibkan kehormatan lapan sekeluarga itu dengan sengaja merakam gambar keluarga tersebut yang terdiri daripada tiga lelaki dan lima perempuan.

Kelapan-lapan mangsa tersebut ialah Kan Jun Ming, 31, Ho Oee Siang, 49, Ng Ai Hwa, 50, Lim Lam Hua, 53, Lee Xin Yen, 17, Lee Chee Kin, 53, Lee Pui Hong, 21, dan Lee Zi Ling, 23.

Gambar tersebut dirakam ketika lapan ahli keluarga itu sedang mandi seorang demi seorang dalam keadaan bogel di sebuah bilik air di tingkat atas inap desa itu yang dipasang sebuah CCTV mini.(Kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular