Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 25 Jun 2010

5 pelajar MTD ditahan siasatan kematian pelajar dibuli

MOHAMAS Sobri Mohamad Sofian(kanan) dan isteri, Fauziah Abdul Wahab(dua dari kanan) menatap kali terakhir wajah anak mereka Mohd. Naim Mustaqim sebelum dikebumikan di Kampung Baru Siong, Baling, Kedah, 25 Jun.


KUALA LUMPUR: Lima pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD) ditahan polis berhubung siasatan kematian seorang pelajar yang dipercayai dibuli dan didera Rabu lalu.

Mereka ditahan polis bagi membantu siasatan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, yang dipercayai dibuli dan didera di maktab itu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat, berkata kelima-lima pelajar yang berumur 17 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Provost Marshal dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan di hantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras jam 6.30 petang semalam.

"Kami akan siasat sama ada mereka terlibat ataupun tidak dalam kes itu dan tempoh penahanan reman terhadap pelajar terbabit belum ditentukan," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Abdul Samah berkata polis tidak menolak kemungkinan punca kematian Mohammad Naim Mustaqim adalah disebabkan buli.

"Lihat daripada segi luaran anggota badan mangsa tidak terdapat sebarang luka...bagaimanapun kita akan tunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk tindakan susulan," katanya.

Kenyataan Kementerian Pertahanan menyebut suatu kejadian yang melibatkan kematian pelajar itu berlaku antara 11.30 pagi, Rabu lalu sehingga 1.20 pagi semalam.
Mohammad Naim Mustaqim didapati tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba di situ.

Abdul Samah berkata dalam tahun ini kejadian sedemikian pertama kali berlaku namun terdapat laporan pergaduhan yang melibatkan institut pengajian tinggi di Kuala Lumpur sebelum ini.

Bagaimanapun tiada laporan diterima oleh polis daripada keluarga mangsa yang berasal dari Baling.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian, katanya. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular