Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 29 Jun 2010

Selepas tulang retak, paru-paru S. Shamsudin dijangkiti kuman



KUALA LUMPUR 30 Jun - Seniman veteran S. Shamsudin yang dimasukkan ke Hosptal Alexandria, Singapura sejak 27 Jun lalu selepas jatuh katil kini paru-parunya pula dijangkiti kuman.

Sahabat baik S. Shamsudin, Datuk Aziz Sattar berkata, pelakon berusia 81 tahun itu dijangkiti kuman pada paru-parunya ekoran daripada penyakit lelah yang dihidapinya sejak sekian lama.

“Sudin (S. Shamsudin) dimasukkan ke hospital sejak Ahad lalu kerana jatuh katil di rumahnya kira-kira pukul 2.30 pagi semasa hendak pergi ke bilik air.

“Saya diberitahu tulang punggungnya retak empat dan terbaru paru-parunya pula dijangkiti kuman. Ada kemungkinan dia menjalani pembedahan tulang punggungnya tetapi kesihatannya kurang mengizinkan.

“Sekarang ini pun dia ada sedikit masalah untuk bercakap kerana penyakit lelahnya itu,” katanya yang sewaktu dihubungi di sini hari ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular