
KUALA LUMPUR: Bekas pemandu peribadi kepada seorang bergelar "Datuk" dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini, selepas didapati bersalah membunuh anak kepada teman wanitanya yang juga seorang pelayan pelanggan (GRO), Nur Farah Adila Ridzuan, 3, lima tahun lalu.
Mangsa mati akibat kecederaan dalaman dan abdomen selaras dengan perbuatan tertuduh yang dikatakan menekan perut dan menghempap badan mangsa ditilam kononnya sebagai rawatan perubatan tradisional bagi menghalau syaitan.