Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 29 Disember 2010

Cari kelapa jumpa mayat berulat



KUANTAN: Niat dua beradik mencari kelapa bertukar igauan ngeri apabila terjumpa mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat di dalam sebuah kereta buruk berdekatan rumah mereka di Tanah Putih, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Mohd Sharif Aminuddin Mohd Lazim, 12, bersama adiknya, Masadima Nabila, 9, berlari ketakutan pulang ke rumah sebelum memaklumkan penemuan itu kepada ibu mereka yang kemudian menghubungi polis.

Mayat lelaki tidak berbaju hanya berseluar jeans bersandar di tempat duduk penumpang depan itu ditemui selepas dua beradik terbabit terhidu bau kurang menyenangkan ketika mencari kelapa di kawasan berkenaan.

Ibu dua beradik itu, Azmah Arifin, 30, berkata selepas pulang ke rumah, dua beradik terbabit memaklumkan penemuan berkenaan kepadanya dalam keadaan cemas.

“Mak...mak...ada mayat kat sana,” kata mereka kepada saya.

“Saya yang pada mulanya was-was apa diperkatakan mereka pergi ke kawasan berkenaan untuk melakukan pemeriksaan dan terbukti benar sebelum menghubungi polis,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Rakan si mati, Hamza Abdul Rahman, 23, berkata kali terakhir dia bertemu mangsa kira-kira seminggu lalu, namun tidak menampakkan sebarang tanda pelik ditunjukkannya.

“Dia hanya mengadu tidak sihat kerana demam dan saya tidak lagi bertemunya selepas itu,” katanya yang mengenali mangsa sejak dua tahun lalu.
Hamza berkata, mereka selalu keluar minum bersama dan turut dimaklumkan seorang rakan, si mati sering ke kawasan berkenaan seorang diri sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata identiti mangsa dikenali sebagai Rosmadi Rahim berusia 30-an.

Katanya, daripada keterangan saksi, mangsa tinggal di kawasan berhampiran dan penduduk sekitar mengenalinya.

“Siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular