Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 30 Disember 2010

Tiada pelajar UIAM terbabit dengan kumpulan Syiah




KUALA LUMPUR: Tidak ada pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terlibat dengan mana-mana pergerakan kumpulan pengikut syiah, kata Rektornya, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid.

Katanya mana-mana pelajar UIAM yang menyertai atau terlibat dengan pergerakan kumpulan syiah dianggap melanggar tatatertib universiti dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

Beliau berkata demikian dalam satu persidangan media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Rektor Islamic University Of Madinah (IU) Kingdom Of Saudi Arabia Prof Dr Muhammad Ali Alakla di sini, hari ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu serbuan di sebuah unit kediaman di Taman Seri Gombak, Selangor pada 17 Disember lepas menahan kira-kira 200 pengikut Syiah dan antara yang ditahan ialah dari kalangan pensyarah, pelajar insitusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.

Sementara itu mengenai kepada memorandum persefahaman yang ditandatangani hari ini Dr Syed Arabi berkata, ia merujuk kepada sesi dialog yang akan diadakan setiap tahun untuk membincangkan peradaban agama Islam secara lebih terperinci dan tulus.

"Dialog ini akan diadakan setahun di Malaysia dan setahun di Madinah jadi kita akan kumpul sarjana-sarjana Islam untuk berbincang dan bertukar pendapat mengenai Islam," katanya dan menambah di bawah kerjasama itu proses pertukaran pelajar Malaysia dan Arab Saudi turut diadakan dalam tempoh setahun ini. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular