Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 30 Disember 2010

Cerita disebalik pemain Malaysia naik kereta kebal semasa final

(Foto hiasan)



KUALA LUMPUR:--RATA-RATA pemain bola sepak kebangsaan yang baru pulang selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 kelmarin menyifatkan kerenah penyokong fanatik bola sepak Indonesia amat menakutkan.

Walaupun mereka menaiki kereta perisai demi keselamatan, namun masih ada sebilangan penyokong republik itu mengugut untuk menembak pemain pasukan bola sepak negara.

Penyerang senior kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah yang mendengar sendiri ugutan daripada penyokong Indonesia yang fanatik itu berkata, ia suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

"Mereka kata, kalau di Malaysia pakai panahan pena laser, di sini (Indonesia) kami pakai senapang. Itu yang saya dengar dan mereka memang fanatik dan bebas menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing," katanya ketika ditemui Kosmo! di Wisma FAM, Kelana Jaya sekembali ke tanah air semalam.

Menurut Mohd. Amri, dia mendengar kata-kata itu semasa sesi memanaskan badan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta dan mengaku perasaan takut menyelubungi dirinya.

"Keadaan di sana amat tegang dengan dipenuhi oleh penyokong-penyokong Indonesia sepanjang memasuki kawasan stadium," katanya.

Sementara itu, penyerang sensasi dan penjaring terbanyak kejohanan, Mohd. Safee Mohd. Sali juga mengakui, sikap fanatik penyokong Indonesia begitu berbeza dengan penyokong di Malaysia.

Katanya, selain ugutan, mereka juga tanpa segan menunjukkan isyarat lucah kepada pemain negara selain cuba menggunakan kekerasan semasa pasukan negara keluar dari hotel penginapan ketika berangkat pulang ke tanah air.

Bagi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pula, konsentrasinya terganggu semasa menaiki kereta perisai tersebut.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular