Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 1 Ogos 2011

Bazar Ramadan Geylang Serai dilancar

Profesor Madya Fatimah mengunjungi Bazar Geylang Serai bagi mengingatkan para pegerai menjaga kebersihan di samping mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada para pengunjung.




SINGAPURA - PARA penyewa dan pengunjung bazar Ramadan digesa menjaga sekitaran dan membuang sampah ditempat-tempat yang disediakan.

Gesaan itu disuarakan oleh Profesor Madya Dr Fatimah Lateef, Anggota Parlimen bagi GRC Marine Parade, sewaktu melancarkan Bazar Geylang Serai malam tadi.

'Sekitaran yang kotor memberikan imej yang buruk kepada negara kita memandangkan Geylang Serai merupakan antara tarikan bagi para pelancong.

'Oleh itu kami sedang berusaha menyebarkan mesej menjaga kebersihan di sekitar bazar Geylang Serai.'

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang sekitaran yang kotor khususnya selepas bazar Ramadan tamat.

Seperti tahun-tahun lalu, bazar Ramadan di Geylang Serai tertumpu di kawasan pasar Geylang Serai, Kampung Melayu Geylang Serai, Joo Chiat Complex, Haig Road, kawasan lapang di hadapan bangunan Darul Arqam, Tanjong Katong Complex dan kawasan di hadapan bangunan SingPost.

Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Geylang Serai misalnya, mempunyai sekitar 700 gerai di kawasan sekitaran Haig Road.

Menurut Dr Fatimah, pihak penganjur dan para pemimpin akar umbi telah bekerja keras dengan pelbagai agensi pemerintah bagi memastikan pelbagai keperluan menganjurkan bazar itu berjalan dengan baik - termasuk memastikan kawasan bazar tidak terlalu sesak.

'Antara langkah yang diambil tahun ini ialah meletakkan pagar yang mengasingkan ruang makan dan laluan pejalan kaki.

'Kami juga memastikan depan gerai tidak berhadapan jalan raya agar para pengunjung tidak terpaksa berjalan di tepi jalan raya,' kata Dr Fatimah.

Selain itu pihaknya telah mendapatkan kerja sama pihak polis bagi mengerahkan polis tambahan demi membantu mengawal keselamatan dan mengurangkan kesesakan.

Pihak penganjur juga telah menyediakan pondok kecemasan untuk menawarkan bantuan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular