Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 31 Mac 2012

11 rakyat malaysia cedera di Hatyai

PASUKAN penyelamat termasuk bomba melakukan kerja memadam api dan menyelamat mangsa di hadapan Hotel Lee Gardens Plaza, Hatyai semalam.



BANGKOK /KUALA LUMPUR – Seramai lima orang terbunuh manakala lebih 300 yang lain cedera dalam kebakaran sebuah hotel semalam di Hatyai semalam, kata beberapa pegawai.

Hatyai yang terletak dalam wilayah Songkhla ialah bandar raya terbesar di selatan Thailand yang menjadi destinasi popular di kalangan rakyat Malaysia.

Kebakaran berlaku di Hotel Lee Gardens Plaza yang terletak di pusat bandar Hatyai pada pukul 1 petang waktu tempatan (pukul 2 petang waktu Malaysia).

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Aini Atan memberitahu, letupan dipercayai akibat kebocoran gas di sebuah restoran makanan segera yang terletak di tingkat satu bangunan 33 tingkat itu.

Katanya, sejumlah 11 rakyat Malaysia yang cedera itu menerima rawatan di Hospital Hatyai.

Bagaimanapun jelasnya, status kecederaan dan identiti mereka masih belum dikenal pasti.

“Pihak kami sedang mengumpul maklumat mengenai rakyat Malaysia yang cedera dalam letupan gas itu. Namun tiada rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian itu,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Gabenor Wilayah Songkhla, Grisada Boorach pula memberitahu, empat lelaki dan seorang wanita maut dalam tragedi tersebut, namun identiti masing-masing masih belum dikenalpasti.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular