Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 Mac 2012

Ada pihak kumpul derma guna nama Mendaki



SINGAPURA - YAYASAN Mendaki menasihatkan orang ramai agar berwaspada mengenai satu kempen yang menggunakan nama badan bantu diri itu bagi mengumpul dana.

Ini menyusuli laporan yang diterima daripada orang ramai bahawa mereka telah didekati oleh seorang lelaki India di kawasan stesen MRT Raffles Place dan bangunan UOB mengumpul dana bagi mereka yang kurang berkemampuan bagi pihak Mendaki.

Namun lelaki itu tidak mengemukakan dokumen atau pas Mendaki bagi mengesahkan dakwaannya itu.

Dia memperkenalkan dirinya sebagai 'Anthony' dan dipercayai berusia antara 16 dengan 21 tahun.

'Anthony' juga membawa beg kecil yang berisi wang.

Pertubuhan itu, menerusi satu kenyataan semalam, menjelaskan pihaknya tidak membenarkan sebarang badan lain menggunakan namanya bagi mengumpul dana.

'Mendaki telah membuat aduan kepada pihak berkuasa demi mengelakkan sebarang tanggungjawab (berkait usaha mengumpul dana itu) kerana kami tidak menganjurkan sebarang kempen mengumpul dana di tempat-tempat awam,' sebut kenyataan itu.

Mendaki juga menasihatkan orang ramai agar berwaspada apabila menerima permintaan derma daripada sebarang pertubuhan yang menggunakan nama Mendaki.

Orang ramai yang menerima permintaan derma sedemikian diminta menghubungi Mendaki di talian 6245-5555 atau boleh menghantar e-mel ke mendaki@mendaki.org.sg.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular