Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 30 Mac 2012

Masjid Ar-Rahimiah banjir tidak menghalag solat jumaat



KLANG - Jemaah Masjid Ar-Rahimiah, di sini, terpaksa menunaikan solat Jumaat di tingkat satu dan tingkat dua masjid berkenaan selepas dewan solat utama dipenuhi air akibat banjir kilat, semalam.

Timbalan Nazir Masjid, Jaafar Samsuddin berkata, dewan solat utama masjid dipenuhi air akibat hujan lebat menyebabkan air longkang dan air dari bukit berhampiran melimpah.

Katanya, kerugian dianggarkan RM800,000 kerana permaidani dewan solat perlu diganti baru selain peralatan audio yang rosak ditenggelami air.

“Selain itu, perpustakaan yang menempatkan buku bacaan dan kitab serta bilik imam dimasuki air.
solat Jumaat disempurnakan di tingkat satu dan dua Masjid Ar-Rahimiah selepas dewan solat utama dinaiki air, semalam.

“Buat sementara waktu, solat dan aktiviti keagamaan diadakan di tingkat satu dan dua masjid sehingga permaidani baru siap dipasang,” katanya ketika ditemui, semalam.

Jaafar berkata, pihaknya sudah membina tembok simen di depan dewan solat bagi menghalang air memasuki dewan solat selepas kejadian sama berlaku beberapa tahun lalu.

Namun, kali ini pengurusan memecahkan tembok simen berkenaan bagi membolehkan air yang bertakung dalam dewan solat dikeluarkan.

Katanya, pengurusan masjid sudah beberapa kali mengutarakan masalah dihadapi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), namun masalah sama masih berulang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular