Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 26 Mac 2012

Tiket filem Ombak Rindu $100 di Brunei



BANDAR SERI BEGAWAN - Bersempena dengan Pameran Wedding Bliss 2012 yang akan diadakan di Indera Kayangan Ballroom, Empire Hotel dan Country Club pada 13 hingga 15 April ini, Songket Wedding dan Elrico Digital and Multimedia Co. akan mendatangkan pelakon terkenal, Aaron Aziz bersama isterinya, Diana Halik.

Aaron Aziz bersama isterinya akan bertemu dengan peminat pada 15 April ini di Restauran Polo Tarindak, Jerudong dari pukul 2 petang hingga 4.30 petang.

Para peminat binta filem Ombak Rindu berkenaan, tiket-tiket boleh didapati dengan harga $100 yang akan dijual esok bermula pukul 12 tengah hari di Expression Music di Kampong Kiulap dan Airport Mall, dan tiket-tiket adalah terhad.

Acara ekslusif itu nanti akan dimeriahkan dengan kehadiran artis tempatan iaitu Zul Faden, Maria, Lily Chiam dan Shian Li Chiam. Kedatangan Aaron Aziz bersama isterinya buat pertama kali ke negara ini, adalah untuk mengongsikan sebahagian pengalaman mereka semasa bujang, melangkah ke alam perkahwinan dan semasa bergelar ibu bapa.

Sepuluh pengunjung bertuah Pameran Wedding Bliss 2012, dengan tema Glamor dan Elegan, itu juga akan berluang bertemu dengan bintang berkenaan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular