Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 18 Mac 2012

Rakyat Malaysia di Syria dinasihat pulang

Sebahagian warga Malaysia di Syria.
(foto hiasan)




KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia di Syria dinasihatkan pulang ke tanah air memandangkan keadaan keselamatan di negara itu berkemungkinan menjadi lebih buruk dan membahayakan keselamatan.

Dalam mengeluarkan nasihat itu, Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Damsyik menyarankan semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan mengelak perjalanan tidak perlu.

"Kementerian juga menasihatkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan buat sementara waktu lawatan ke Syria sehingga keadaan bertambah baik," kata kementerian itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata pihak kedutaan mengesahkan semua 168 warga Malaysia yang berdaftar dengannya selamat dan tidak terlibat dalam kejadian letupan bom di tengah kota Damsyik yang menyebabkan 27 kematian dan mencederakan 140 yang lain.

"Kementerian Luar memohon kerjasama rakyat Malaysia di Syria untuk mendaftarkan diri dengan kedutaan jika masih belum berbuat demikian," kata kenyataan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular