Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 8 Oktober 2013

Kereta Jimmy Shanley kena bakar


ANGGOTA polis melakukan siasatan terhadap kereta Jimmy.

KAMPAR - Kereta milik pelakon dan pengacara program Trek Selebriti, Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, ditemui dibakar hingga rentung hanya selepas beberapa jam kenderaan itu dilaporkan hilang di Simpang Pulai, di sini.

Kereta model Chevrolet Optra itu didakwa dilarikan penjenayah malam kelmarin, ketika artis berkenaan pulang ke Ipoh untuk menghadiri majlis pengebumian seorang saudara terdekatnya.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, penemuan kereta hanya disedari orang ramai sekitar jam 7.30 pagi semalam apabila kenderaan itu ditemui terbakar berhampiran Batu 5 1/2, ladang kelapa sawit Kota Bahru, di sini.

Berikutan itu, anggota peronda bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta model Chevrolet berwarna hitam hangus dibakar.

“Anggota polis menjalankan siasatan terhadap nombor casis pada kereta dibakar itu bagi mengenal pasti pemiliknya dan melakukan semakan susulan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum mengenal pasti kenderaan itu milik seorang selebriti tanah air, Jimmy Shanley,” katanya, semalam.

Sementara itu, Jimmy yang dihubungi wartawan enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kejadian itu berikutan masih dalam pihak polis.

Jimmy sebelum ini pernah mendapat liputan meluas media apabila kes penceraian dan tuntutan penjagaan anaknya berlarutan selama hampir dua tahun.

Dia sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy pada 1 Oktober 2010 sebelum tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zahrah Rania Shanley yang kini berusia dua tahun. (Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular