Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 Oktober 2013

Pelumba basikal maut dilanggar van

DUNGUN -  Seorang pelumba basikal Terengganu, terbunuh apabila basikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Pulau Serai, di sini, hari ini.

Mohammad Asmui Ali, 20, yang berasal dari Kampung Dusun, Kuala Ibai, Kuala Terengganu cedera parah di kepala dan meninggal serta merta di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun Pemangku Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, ketika kejadian mangsa bersama 17 pelumba lain berbasikal dalam perjalanan dari Kuala Terengganu untuk menyertai sebuah kejohanan berbasikal di Sepang Selangor.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang berada di kelompok depan dipercayai berada berdekatan dengan sebuah van Persatuan Lumba Basikal Terengganu yang mengiringi kumpulan pelumba terbabit.

“Mangsa dipercayai terjatuh sebelum dilanggar van terbabit dan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal serta merta di tempat kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut sebelum dimandi dan dikafankan di hospital terbabit sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di kampung asalnya.(Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular