Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 29 Oktober 2013

Penuntut USM menang empat anugerah pertandingan reka cipta di London


GEORGE TOWN - Sekumpulan pereka muda dari Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mengharumkan nama negara apabila meraih empat anugerah dalam pertandingan British Invention Show 2013 di London pada 23 hingga 26 Oktober lepas.

Ng Poh Sing, 24, penuntut tahun akhir Pusat Pengajian Sains Komputer yang mencipta sistem sekuriti kenderaan berkata rekaannya dapat membantu menjejaki kenderaan hilang di samping merakam gambar pencuri terbabit.

Beliau berkata aplikasi pintar yang diberi nama ’The Eyes’ itu dilengkapi sistem penggera, sistem kedudukan global (GPS) dan kamera yang dihubungkan terus kepada telefon bimbit pemilik kenderaan yang akan mengeluarkan amaran sekiranya berlaku rompakan.

"Segala data serta imej wajah pemilik akan dimasukkan ke dalam sistem ini sebelum ia dipasang secara tersembunyi di dalam kereta dan alat ini hanya boleh berfungsi sekiranya terdapat talian internet.

"Jika hasil analisis alat itu mendapati imej tidak sepadan dengan pemilik kenderaan, ia akan memberi isyarat lokasi dan gambar pemandu yang tidak dikenali itu terus kepada telefon bimbit pemiliknya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Poh Sing berkata, ciptaan yang memenangi pingat emas itu sedia untuk dipasarkan sekiranya terdapat pengilang yang berminat membantu mengkomersialkannya.

Sementara itu, Meor Muhammad Hafiz Shah Budin, 23, dan Muhammad Razif Abd. Razak, 23, dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia berjaya menggondol anugerah berlian dan pingat emas menerusi inovasi kacang kelor tua yang diperoses menjadi ejen merawat air tercemar.

Meor berkata, kacang kelor tua atau nama saintifiknya Moringa Oleifera yang diproses menjadi serbuk dapat merawat air tercemar terutama di kawasan buangan industri secara semula jadi.

Katanya, buah kelor tua yang biasanya dijadikan biji benih atau dibuang begitu sahaja mengandungi bahan anti oksida dan mempunyai kadar ion postif yang tinggi.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular