Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 10 Oktober 2013

TKI maut selepas tertimbus tanah runtuh

Mangsa maut tertimbus ketika sedang memasang paip saluran longkang di tapak pembinaan projek Taman Kampar Putra, di Kampar, semalam

IPOH -  Seorang pekerja kontrak warga Indonesia maut selepas tertimbus tanah runtuh ketika sedang memasang paip saluran longkang di tapak pembinaan projek Taman Kampar Putra, di Kampar, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa dikenali Mohammad Zaiton Hartono, 18, sedang melakukan pemasangan paip tersebut.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, secara tiba-tiba tanah dari bahagian atas runtuh dan menimbus mangsa yang sedang bekerja di bahagian bawah.

“Siasatan polis di tempat kejadian tidak menemui apa-apa unsur jenayah.

“Mangsa yang berasal dari Jawa Timur, Indonesia itu dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kejadian sebagai mati mengejut.(SH)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular