Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 20 Oktober 2013

kes gaduh remaja perempuan tersebar secara meluas di YouTube.


KUALA LUMPUR -  “Kau ni lah yang perasan cantik... kau pukul adik angkat aku kan? Kau bangunlah bodoh, bangun..kau ni bodoh, bodoh.”

Itu antara dialog dua remaja perempuan sebelum memukul, menumbuk dan menendang serta menampar seorang remaja perempuan lain dipercayai rakan mereka yang rakaman videonya tersebar menerusi Facebook dan YouTube sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di sebuah negeri pantai timur di kawasan tepi pantai dan kedua-dua suspek itu bukan saja menyepak rakan mereka malah turut mengaibkan mangsa dengan menarik kemeja-T yang dipakainya ke atas.

Video berdurasi 2 minit 24 saat itu tersebar secara meluas di laman sembang sosial dan dipercayai ia dirakam seorang lagi rakan mereka sebelum memuat naik video itu ke Facebook dan YouTube.

Difahamkan, mangsa yang juga kenalan kepada adik angkat kedua-dua remaja perempuan itu dikatakan pernah memukul adik angkat mereka dan suspek dipercayai bertindak membalas dendam terhadap mangsa.(Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular