Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 3 April 2014

Jawatan Presiden FAM bakal dicabar?


Hamidin (kanan) dan Datuk Seri Afandi Hamzah menjawab soalan wartawan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam

KELANA JAYA - Pertama kalinya dalam tempoh 30 tahun, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan dicabar pada Mesyuarat Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 25 Mei depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan bahawa terdapat tiga calon yang bakal bertanding untuk merebut jawatan Presiden yang masih disandang baginda.

“Saya ingin memaklumkan bahawa ada tiga nama telah dicalonkan untuk bertanding jawatan Presiden FAM pada Mesyuarat Kongres Ke-50.

“Selain jawatan Presiden, dua jawatan untuk Timbalan Presiden mendapat 10 pencalonan manakala empat jawatan bagi Naib Presiden (17 pencalonan).

“Sepuluh jawatan bagi pegawai lelaki Exco FAM mempunyai seramai 35 pencalonan termasuk 11 pencalonan bagi dua kerusi Exco FAM pegawai wanita,” kata Hamidin selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Presiden FAM bagi penggal 2010-2014 selepas baginda menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Kongres ke-47 lalu.

Tahun ini tampak sedikit kelainan kerana Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikatakan bakal bertanding untuk merebut jawatan tersebut.

Biarpun sebelum ini ada beberapa laporan mendedahkan bahawa Sultan Ahmad Shah seperti mahu melepaskan jawatan selaku Presiden FAM atas faktor masalah kesihatan, baginda tetap dicalonkan untuk bertanding.

Ahli-ahli gabungan FAM masih menaruh kepercayaan penuh kepada Sultan Ahmad Shah dalam usaha mempertahankan kerusi tertinggi FAM itu selama satu penggal lagi.

Apa yang pasti, ketiga-tiga calon ini memiliki karakter dan kelebihan tersendiri.(Kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular