Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 27 April 2014

Obama tiba di Malaysia


KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tiba di negara ini, semalam untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari - kali kedua oleh Presiden AS selepas Presiden Lyndon B Johnson pada Oktober 1966.

Obama dan rombongan tiba dengan pesawat khas presiden - Air Force One di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang jam 4.50 petang dan disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Pengiring, Duta Besar Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Duta Besar AS ke Malaysia Joseph Y Yun.

Selepas itu, kenderaan membawa Obama terus menuju ke Dataran Parlimen untuk sambutan rasmi negara disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan barisan anggota Kabinet.

Selepas lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan, Obama memeriksa perbarisan kehormatan oleh 107 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diketuai Mejar Amriza Mohd Asshari.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular