Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 18 Disember 2009

Padah gaji amah haram

(Seorang pembantu rumah Indonesia sedang di bawa ke Balai Polis - gambar hiasan)


MELAKA: Disebabkan mahu menjimatkan kos dan enggan menempuh kerenah birokrasi, sepasang suami isteri mengambil seorang pembantu rumah secara terus dari Demak, Indonesia, empat bulan lalu, untuk menjaga tiga anak mereka termasuk pasangan kembar tanpa perlu membayar kepada ejen atau agensi pekerja asing.

Tindakan itu bagaimanapun membawa padah apabila seorang daripada anak kembar perempuan mereka yang berusia setahun meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan badan dipercayai didera pembantu rumah terbabit, minggu lalu.

Seorang lagi anak pasangan itu lelaki berusia dua tahun.

Lebih merumitkan, pembantu rumah berhati syaitan itu yang hanya dikenali sebagai Siti Mahmudah, 24, terus menghilangkan diri dan gagal dikesan hingga kini selepas mengetahui perbuatan kejamnya terbongkar.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) negeri, Superintendan Hamdan Majid, berkata pada mulanya ibu bapa mangsa yang menetap di sebuah taman perumahan di Taman Krubong Perdana, dekat sini, hairan apabila mendapati seorang daripada anak kembar perempuan mereka kelihatan lemah dan tidak bermaya pada 6 Disember lalu.

Katanya, dalam kejadian kali pertama itu, pasangan suami isteri yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Alor Gajah, tidak mengesyaki apa-apa kerana melihat anak mereka dijaga dengan baik oleh pembantu rumah terbabit sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, pasangan terbabit terkejut sebaik pulang kerja pada 10 Disember lalu apabila mendapati anak bongsu mereka kelihatan tenat dan ditinggalkan pembantu rumah yang menghilangkan diri.

“Pasangan terbabit terus membawa anak mereka ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan kira-kira jam 6.45 petang hari sama.

“Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sejam kemudian ketika menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Hamdan berkata, bedah siasat doktor pakar terhadap mayat mangsa mendapati kesan kecederaan dalaman teruk pada badan mangsa selain kecederaan akibat dihentak objek keras di kepala.

Doktor terbabit mengesyaki kematian mangsa mempunyai unsur jenayah melaporkan kejadian itu kepada polis.

Menurutnya, polis kini sedang mengesan pembantu rumah terbabit yang disyaki bersembunyi selepas kejadian.

Katanya, polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika disabitkan boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Siasatan awal mendapati pembantu rumah berkenaan diambil terus pasangan itu dan baru bekerja kira-kira empat bulan dengan mereka.

“Siasatan juga mendapati pasangan kembar kanak-kanak malang itu serta seorang lagi anak pasangan suami isteri itu tidak didera,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular