Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 21 Disember 2009

Pekerja Indonesia ditemui mati



PETALING JAYA: Seorang pekerja kilang rakyat Indonesia ditemui mati dalam sebuah mesin pengisar di sebuah kilang membuat makanan haiwan di Bukit Puchong, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata kejadian itu disedari seorang pekerja kilang itu kira-kira jam 3 petang.

"Mangsa yang dalam lingkungan umur 30-an bekerja sebagai pengendali mesin pengisar di kilang terbabit. Ketiaadaan mangsa disedari seorang rakannya yang kemudian membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan, polis menjumpai mayat mangsa tersepit dalam
mesin pengisar terbabit.

"Kita masih menyiasat untuk memastikan tiada terdapat unsur jenayah dalam kejadian ini," kata Zainal Rashid.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular