Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 4 Julai 2014

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Meninggal Dunia

PETALING JAYA - Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara di sini, pada 1.26 pagi ini.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Pah, meninggal dunia selepas enam hari dirawat akibat komplikasi paru-paru kronik atau fibrosis.

"Turut berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhir adalah anak lelakinya Alif Omar serta ibunya Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas selain ditemani beberapa rakan karib," kata rakan baiknya Aishah Ali ketika dihubungi di hospital berkenaan, awal pagi ini.

Sharifah Aini yang dianugerahkan gelaran Biduanita Negara pada 2006 dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953 hasil perkongsian hidup Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor.

Kak Pah dijaga serta dibesarkan oleh neneknya Tengku Wan Mariam Tengku Wan Tahir dan datuknya Syed Sahil Syed Ali Al-Jufry di Majidee, Johor Bahru sejak berusia lapan bulan.

Kak Pah menjadi artis adalah selepas menjuarai pertandingan Bintang RTS 1968 di Singapura dengan mendendangkan lagu Tiga Malam.

Beliau menjadi artis rakaman EMI selama 38 tahun hingga dicatatkan Buku Rekod Malaysia (MBR) sebagai penyanyi paling lama dengan sesebuah syarikat rakaman dengan pencapaian 135 album.

Biduanita negara ini popular dengan lagu Dekatlah Padaku, Bunga Tanjung dan Mak Inang Melayu dan pernah berduet dengan ramai penyanyi popular tanah air termasuk Sudirman Haji Arshad.

AL-FATIHAH..

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular