Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 2 Julai 2014

Pensyarah UM jadi buruan polis

DARI KIRI: Dr. Mahmud Ahmad, Najib, Joraimee

KUALA LUMPUR - Seorang pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) merupakan antara lima rakyat negara ini yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung penglibatan mereka dalam kegiatan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan di sini semalam berkata, pensyarah itu yang dikenali sebagai Dr. Mahmud Ahmad atau nama samarannya Abu Hanzalah, 36, dari Taman Selayang Baru, Batu Caves sudah sebulan menghilangkan diri daripada tugasnya di UM.

Selain Mahmud, turut menjadi buruan ialah pemilik kedai fotokopi dan alat tulis di UM, Mohd. Najib Husen atau Abraham, 36, yang tinggal di Pangsapuri Tainia, Kota Damansara dan kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang, Muhammad Joraimee Awang Raime atau Abu Nur, 39, yang tinggal berdekatan kawasan perumahan Mahmud.(Kosmo)


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular