Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 1 September 2014

Dua siswi IPTA bernafsu songsang dicekup


JOHOR BAHRU - Dua penuntut wanita institut pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan operasi Ambang Merdeka, awal pagi semalam.

Meskipun pada mulanya tiada sebarang syak untuk mendakwa kedua-duanya melakukan khalwat, namun serbuan dilakukan akhirnya membongkar rahsia pasangan lesbian atau dalam Islam disebut sebagai musahaqah itu.

Serbuan sekitar jam 12.45 pagi yang dilakukan sembilan anggota dan pegawai, diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari itu menemui alat kelamin lelaki tiruan di dalam bilik berkenaan.

Ketika diketuk untuk melakukan pemeriksaan, seorang daripada mereka berpakaian lengkap memberi kerjasama dengan membuka pintu bilik hotel, manakala seorang lagi berada dalam bilik air dalam keadaan tanpa seurat benang.

Selepas anggota operasi memperkenalkan diri, kedua-dua penuntut IPTA berusia masing-masing berusia 20 dan 21 tahun itu hanya terdiam malah tergamam apabila bilik hotel dihuni mereka diserbu pihak berkuasa.

Ketika disoal siasat, salah seorang daripada mereka mendakwa alat kelamin lelaki tiruan terbabit baharu sahaja dibuka dari paket dan belum dicuba, sebaik sahaja diterima hasil pembelian secara ‘online’.

Zamri berkata, pasangan penuntut terbabit ditahan pihaknya mengikut Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Negeri Johor) kerana disyaki melakukan musahaqah.

“Mengikut enakmen ini, mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu,” katanya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular