Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 17 September 2014

Penduduk Kg Chichar temui tempayan besar purba

SIK - Kira-kira 400 penduduk di Kampung Chichar Mukim Jeneri, dekat sini, gempar apabila menemui dua struktur artifak berbentuk tempayan besar yang disangka bom lama dipercayai berusia ratusan tahun dulu.

Nordin Ahmad, 48, berkata dia menemui artifak berkenaan pada pertengahan Ramadan lalu sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah dari dusun buah-buahan yang terletak kira-kira 25 meter daripada lokasi penemuan artifak berkenaan.

Katanya, pada hari berkenaan, dia dalam perjalanan pulang dari dusun kira-kira jam 7 malam sebelum terlihat satu bentuk bulatan yang timbul kesan daripada mendapan tanah di kawasan terbabit.

“Saya agak terkejut melihat kesan bulatan berkenaan kerana tidak pernah melihatnya sebelum ini walaupun sering berulang-alik di kawasan terbabit untuk ke kebun setiap hari.

“Namun, perasaan ingin tahu itu terpaksa saya pendamkan dulu memandangkan hari makin gelap dan saya perlu segera pulang ke rumah untuk berbuka puasa,” katanya yang ditemui, di sini, semalam.(Metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular